Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 22 April 2011

Ziarah sahabat


Malam tadi ana dan YDP sempat menziarahi sahabat yang agak lama tak jumpa walaupun kami satu taman. Mungkin akibat tuntutan kerja dan keluarga maka tak dapat berjumpa berbulan-bulan. Ada nampak kelibat beliau semasa solat berjamaah di masjid nurul iman T6 tetapi lepastu masing-masing hilang menuju haluan sendiri.

Memanglah kita megharapkan sahabat dapat hadir dalam mesyuarat atau majlis usrah tetapi sekiranya beliau tak dapat hadir kerana masalah uzur syarie maka menjadi tanggungjawab pemimpin datang ziarah meninjau keadaan sebenar. Ukhuwah sesama kita mesti diutamakan.

Bila ziarah barulah kita tahu masalah beliau, memang agak keletihan akibat bekerja sebagai pemandu lori dan mengalami sakit pinggang.

Inilah orang PAS, mereka bukan pekerja 'Full time' atau 'sepenuh masa' dalam dakwah dan politik tetapi hanya 'part time' sahaja kerana dalam mereka terpaksa berjuang mencari nafkah, bekerja keras membesarkan dan mendidik anak-anak dalam masa sama kita tuntut masa mereka yang sedikit di sebelah malam untuk bincang pasal jamaah dan perjuangan menegak Islam.

Masa yang berbaki dengan lelah dan keletihan itulah yang sebaik mungkin dimanfaat untuk agama sehingga kerap kita menyaksikan dalam mesyuarat pun boleh tertidur. Inilah hakikat yang perlu kita fahami, semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus bekerja untuk memenangkan Islam. Bantulah kami Ya Allah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan