Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 2 Mac 2011

Prk Merlimau : Ucapan DS Anwar Ibrahim kepada penduduk Merlimau



11.15 malam - Hampir 4000 rakyat Merlimau membanjiri lokasi ceramah di Bilik Gerakan Utama Muslimat PAS, Kg. Pahlawan, Merlimau. Ketibaan DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di sambut dengan laungan Reformasi, Takbir dan Tepukan Gemuruh dari hadirin.


Antara pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir malam ini adalah YB Tian Chua, YB Nik Nazmi, YB Dr. Siti Mariah, Calon PAS Dun Merlimau Hj. Yuhaizad, YB Abdullah Sani, YB Dr. Boo Cheng Hau, Sdr. Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia.


11.25 malam - DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan diiringi Laungan Reformasi. Beliau memulakan ucapan dengar memberi amaran kpd pemimpin UMNO Melaka. Beliau dulu Timbalan Presiden UMNO tapi beliau tak musuh dengan UMNO. Beliau musuh dengan pemimpin yang zalim dan korup. Beliau turut peringatkan apa yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia.

DS Anwar mendedahkan 3 billionaire Melayu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Anak Mahathir, Mokhzani dan Tan Sri Syed Mokhtar. RM 23 Billion milik Petronas telah diserah kepada 3 syarikat besar di Malaysia melalui Service Contract. Antara syarikat itu adalah KENCANA PETROLEUM milik Mokhzani Mahathir.

DS Anwar turut memetik ungkapan Sheikh Yusuf Qardhawi "Siapa yang sayang Islam, mesti pertahan negara, pertahan agama, bangkit tentang kezaliman". Beliau turut peringatkan seluruh rakyat akan kekuatan doa. Bahkan, Sheikh Yusuf Qardhawi turut menyeru kepada Pemuda Islam Mesir untuk bantu mempertahankan gereja dari dibakar dan dirosakkan. Itulah prinsip keadilan yang diperjuangkan Islam.

DS Anwar turut mengimbau pengalaman beliau semasa di tahan dalam lokap. Menurut media dan juga kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya telah dibongkar di mahkamah hari ini apabila gambar lokap beliau dikemukakan ke mahkamah.

Beliau turut menceritakan apa yang berlaku pada sesi perbicaraan Fitnah II. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali - kali lari ke luar negara. Beliau akan terus lawan, menentang kezaliman. Beliau akan terus bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat, berusaha laksana tugas dan tanggungjawab dan mengasak sehingga ke Putrajaya.

DS Anwar beri jaminan untuk berunding dengan Syarikat Penjana Bebas untuk menurunkan harga bekalan elektrik seluruh negara, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Beliau turut menempelak Perdana Menteri, "Sila beritahu negara mana di dunia ini yang bankrap apabila membantu rakyat sendiri?" sebagai mengulas tohmahan Perdana Menteri bahawa agenda Buku Jingga akan menjadikan negara ini muflis.

DS Anwar turut membawa salinan dokumen APCO dengan Kerajaan Israel pada tahun 1991. Beliau mendedahkan pada tahun 1999 iaitu semasa Ehud Barak menjadi Perdana Menteri Israel, beliau turut mewujudkan 1 Israel. Moto 1 Israel adalah People's First dan juga Ehud Barak turut melancarkan Klinik 1 Israel. Ini juga berlaku di Malaysia. Apakah ini satu kebetulan?

Selain itu, salinan Laporan Global Financial Integrity turut didedahkan. Laporan ini mengandungi laporan pengaliran wang haram dunia bagi tahun 2000 - 2009. Dalam laporan itu mendedahkan jumlah aliran wang haram Malaysia pada tahun 2000 berjumlah RM 23 billion. Pada tahun 2008, meningkat kepada RM 68 billion. Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab membawa keluar wang haram ini? Siapa yang beri perlindungan kepada penjenayah - penjenayah korporat ini? Sudah 1 bulan dokumen ini dikeluarkan, kenapa tiada siasatan yang dilakukan oleh pemerintah negara ini?

DS Anwar mengakhiri ucapan beliau dengan amanat bahawa setiap yang hadir mesti mempunyai keinginan untuk berubah. Mesti ada tekad yang betul. Dalam hidup ini, kita mesti menyeru ke arah kebaikan dengan amal soleh. Merlimau adalah kesempatan terbaik untuk terjemahkan. Memang sukar tetapi harus ada keyakinan. Kita akan saksikan perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan