31072009 |
UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.
Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.
BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS. (sambungan klik tajuk)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan