Khamis, 3 Mac 2011
Lawan pemimpin boneka kapitalis
ARAB DAN ZIONISMA
Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?
Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-starat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.
Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak anak muda di seluruh dunia.
Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayatai oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.
Spanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950’an.
Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan keatas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.
Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?
Untuk memahaminya kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empire Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empire Ottoman telah mati pucuk dan tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.
Moroko jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Aljeria menjadi tanah jajahan Peranchis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Peranchis. Bristih mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Telok dipecah pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.
Kolonialisma wujud hasil dari perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisma ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.
Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah di temui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi malah telah ditemui di Negara Telok, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.
Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petrolium ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petrolium menjadi bahan yang amat stratejik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petrolium ini.
German telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. German tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menaklok tanah Arab. Ekonomi German tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.
Justeru apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta – Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British.
Justeru bahan bakar petrolium inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun ini hinngga ke hari ini.
Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu, telah mati pucuk. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.
Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strateji berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestine.
Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pengkalan tentera yang tesusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pengkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.
Isreal telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Isreal bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di ekspot pada tahun 1974.
Dari strateji berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwar warkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ‘ hantu’ akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Peranchis.
Selama 40 tahun inilah strateji yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.
Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Saudi Arabia walau pun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Sausi Arabia. Tetapi Amerika , Britain dan negara Eropah tidak amabil pot. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.
Manakala rejim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan rejim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Rejim-rejim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestine.
Kenapa rejim Arab ini tunduk dan takut ? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua rejim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Moroko hingga ke Negara Telok – pemimpin , sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan keatas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imprialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.
Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Irag atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6% menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya di jalankan. Pembuangan undi kadang kala sampai ke 85%. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram.Manakala warga Arab di Telok dan di Saudi Arabia langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.
Apa yang jelas disini kontradiksi utama ialah diantara warga Arab dengan rejim rejim Arab yang telah menjadi pekakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan rejim zionis Israel. Amerika dan zionis Isreal selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestine. Semua ini akan berubah.
Walau pun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestine. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana rejim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.
Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah langkah yang akan diambil setelah Mubarak, atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan rejim zionis Isreal selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus.(TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan