Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 20 Mac 2011

Sukan PASTI - Bergambar, banyak yang perlu diperbaiki


Tanhniah pada pihak pengurusan Pasti Kawasan Puchong atas kejayaan menganjurkan sukan pasti tempoh hari. Secara keseluruhannya acara berlansung dengan baik dan berjaya cuma terdapat beberapa kecacatan kecil yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Ada terdapat acara-acara yang membuatkan anak-anak kecil yang comel-comel menunggu terlalu lama tercegat di tengah panas. Ini membuatkan ibu-ibu pula yang naik minyak memekik pada pihak pengurusan agar segera menjalankan acara. Ini berlaku kerana secara 'last minute' ada penambahan kumpulan penyerta dari beberapa Pasti.

Sepatutnya pihak penganjuran bertegas menolak sebarang penyertaan terkejut. Akibatnya bahan dan peralatan tidak mencukupi dan terpaksa menunggu dengan amat lama. Jika penganjur tegas tidaklah anak-anak teraniaya sedangkan mereka lemah dan tidak pandai memprotes, hanya tercegat menunggu dan menunggu...kesian mereka.

Sukan dirasmikan oleh YDP Pas Kawasan Puchong yang membuat sedikit ucapan ringkas. Dengar kata Pas Kawasan Puchong telah mengeluarkan senarai calon yang bakal bertanding pada PRU-13 akan datang dan YDP termasuk salah seorang dari 3 nama yang mahu dilobi.

Senarai keluar lebih awal daripada senarai calon Pas yang bakal bertanding di Merlimau tempoh hari. Hebat Pas Puchong membuat persediaan mereka untuk PRU nanti, nampak sangat mereka mahu menang kali ini bagi menewaskan penyandangnya sekarang yang menjadi ketua pembangkang di Negeri Selangor. Kita tengok nanti samada persediaan mereka mencukupi untuk menang!

Saya lihat aspek keselamatan dan kesihatan (Safety & health) tidak berapa kemas dalam pengurusan Pasti. Saya pernah tanya samada mereka ada satu badan yang memantau aspek tersebut yang amat penting bagi kanak-kanak. Jika ada pemantauan yang kemas dan teratur aspek keselamatan dan kesihatan kanak-kanak secara tak lansung ia akan memberikan keyakinan dan menaikkan imej Pasti sebagai institusi pembelajaran kanak-kanak yang bermutu tinggi dan diyakini.

Jika ada badan seperti ini sudah tentu perkara di atas tadi yang membuatkan kanak-kanak tercegat tengah panas menunggu acara dijalankan tidak akan berlaku kerana sudah di rancang dengan rapi demi kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

Saya ingatkan budak perempuan, rupanya lelaki. Mungkin ibubapanya meminati kumpulan rock kapak dulu yang rata-rata berambut panjang.

Cemas, seronok, bosan...semua ada!

Cuaca baik hari itu dan terlalu baik sehingga amat panas. banyak acara yang kemenangan ditentukan melalui mereka yang sampai dahulu di garisan penamat. Malangnya saya lihat tiada seorangpun pengadil garisan penamat memegang jam pengukur masa.

Macam mana mereka tentukan siapa yang sampai dahulu dalam lebih daripada 10 kumpulan yang bertanding adalah sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah pertandingan. Kalau mahu pengurusan yang adil elok buatlah bersungguh-sungguh macam yang selalu diseru oleh Pas agar adakan pilihan raya yang adil dan saksama. Terjemahkan apa yang dicakap dalam semua perkara, jangan buat sesuatu sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ringgo turut hadir dalam majlis tersebut yang diserikan oleh DJ jemputan yang petah berceloteh. Selingan lagu-lagu juga dimainkan dengan kuat sekali. Ternyata Pas sudah berubah mengikut perubahan masa. Pas tidak boleh dilabelkan sebagai parti ala-Taliban lagi.

Namun janganlah lagu-lagi dan celoteh DJ sampai mengganggu acara sukan. Jenuh koordinator sukan dengan pembesar suara sangkutnya menjerit memberikan arahan. kena ulang 2 ke 3 kali dan DJ buat ngong saja, tiada sesiapa pun yang menegurkan agar musik serta bunyian perlu harmoni dengan acara sukan. lain kali suruh DJ dan perlatannya duduk jauh sikit dari kawasan sukan. mengacau saja!!!

Bersedia untuk pergi menyusun tin. Saya pelik kenapa tin yang ringan itu disuruhkan kanak-kanak menyusunnya atas rumput yang panjang dan tidak rata. Suatu kerja yang agak sukar dan "bias". Jika tempat kumpulan tersebut berada pada kawasan rata, tentulah mereka akan lebih mudah buat susunan.

Kenapa tidak diletak sebidang papan pada setiap kumpulan sebagai tempat susunan dilakukan, baru adil. Islam itu adil, dan penganutnya perlu terjemahkan dalam segala arena dari sekecil-kecilnya bermula dari peringkat kanak-kanak, baru besar nanti mereka mampu buat adil bagi perkara besar-besar. Pas lebih arif dalam hal ini sepatutnya!

Kawasan ini agak rata sedikit, bolehlah mereka menang!!! itupun tapak asas masih herot petot nampak sangat tapak tak rata!!!

Tak menangpun tak apa, janji seronok...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan