Sabtu, 19 Mac 2011
Dialog PASTI bersama ibu bapa
PASTI Seri Impian Kawasan Sembrong telah mengadakan majlis dialog bersama ibubapa penjaga pada 18 Mac 2011 Khamis di Premis PASTI Taman Seri Impian.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir khususnya ibubapa yang prihatin dengan masalah anak-anak. Majlis yang baik tiba-tiba menjadi panas bila ianya dihadiri oleh individu yang tidak dijemput hadir mambuat provokasi bagi mempengaruhi ibubapa dan menyalahkan pihak JK pengurusan kawasan, guru baru dan majlis guru kawasan. Mengugut akan keluarkan anak-anak dan menuntut bayaran pendaftaran pula.
Dengan nada penuh emosi ia mengusai hampir 80% masa dialog dan bagi mengelakkan tercetus insiden terpaksa kita melayan karenah mereka sahaja dan akhirnya majlis itu terpaksa ditawakufkan. Majlis sepatutnya berjalan lancar dengan penyerahan baju uniform dan baju senaman tak kesampaian.
Berilah kepercayaan kepada saf guru yang betul-betul ikhlas mahu memajukan anak kita bagi melahirkan generasi Al-Quran. Ada salah kita muhasabah dan perbaiki. Saling bekerja sama dan elakkan dari bermusuhan sesama sendiri, menyerlahkan sikap menunjuk-nunjuk dan mengungkit. Itu ego namanya.
Semoga Allah SWT gerakkan hati ibubapa penjaga dan anak-anak agar ditetapkan hati untuk terus bersama PASTI Seri Impian. Berilah masa untuk guru baru membuktikan kerja mereka. Yang penting anak-anak akan gembira dan seronok belajar di PASTI tanpa tekanan dan ketakutan sebagaimana sebelum ini.
Ingat, niat kita menghantar anak ke PASTI adalah kerana Allah SWT semata-mata, bukan kerana yang lain, bukan disebabkan oleh cikgu, bukan kerana ikut-ikut kawan, jangan sampai kita tarik anak kita keluar, maka terkeluar kita jauh dari perlindungan Allah akibat mengikut emosi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan