Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 23 Mac 2011

Keputusan SPM dah keluar


Kepada semua calon peperiksaan SPM 2010 tentu berdebar-debar menunggu keputusan esok pagi.

Bukan sahaja calon, guru yang mengajar termasuk pengetua dan ibu bapa juga tak senang duduk. Graf sekolah naik atau turun?, kalau turun % tentu kena bambu dengan JPN dan PPD pun memang nak cari silap guru jer...sungguh malang lebih-lebih lagi sekolah yang berada di tepi jalan, senang orang kementerian singgah...apalagi mesti salahkan guru, itu semacam menjadi amalan wajib, bila merosot, tak susah, kambing hitam adalah cikgu.

Apapun tahniah kepada yang akan mendapat keputusan cemerlang. Yang kembang pun cikgu yang mengajar, tentu seronok kalau anak didik berjaya score. Hilang semua penat lelah mengajar. Jangan lupa sujud syukur, atas kejayaan yang dicapai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan