Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 5 Mac 2011

Guru tampil 'selamatkan' Tuan Ibrahim


Seorang guru tampil mempertahankan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah seorang peneroka Felda dengan menggunakan nama isterinya.

Pendidik itu - Ibrahim Osman - mengakui membeli tanah itu dengan meminjam duit pemimpin popular PAS itu, lapor Harakahdaily.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya.

"Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau berkata dukacita kerana bantuan Tuan Ibrahim itu kini "bertukar menjadi satu fitnah".

Utusan Malaysia versi dalam talian hari ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah yang kesempitan dengan membeli tanah mereka.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang hadir sama dalam sidang media itu dilaporkan berkata tidak mempunyai apa kaitan dengan isu ini.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan