Jumaat, 4 Mac 2011
Emak sakit belakang
Dalam kesibukan tugas seharian, mengajar, bawa pergi balik pelajar madrasah, kemas dan uruskan kerja-kerja di rumah, usrah dan urusan Pasti jangan lupa tanggungjawab kepada emak.
Dah beberapa hari ana tak telefon dan jenguk mak yang dah lanjut usia...rasa berdosa pula, dah lah mak tinggal sorang-sorang kerana adik Jaja dah bertugas sebagai guru di SMI Hidayah.
Mak telefon pagi tadi mengadu sakit belakang bahagian tongkeng...alhamdulillah, dah bawa ke klinik Bakti Simpang Renggam petang tadi, doktor kata mak ada angkat benda berat, memang betul, selain mengangkat mak menajak laman rumah dan penat kemas rumah pusaka peninggalan arwah abah selain keletihan mengajar budak mengaji al-Quran dari pagi sampai maghrib...
Semoga mak sihat selalu...panjang umur...amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan