Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 12 Julai 2011

Tolong, Jangan Guna Bahasa Budak Tecik!!!

Aku pernah dis-able satu blog dari sisipan semata-mata kerana bloggernya menggunakan bahasa sms hampir 50% dalam hampir semua tulisannya. Otak aku letih dalam memahami barisan perkataan yang ditulis secara short form. Aku selalu skip perenggan bila membaca dan akhirnya komen ala kadar sahaja.


Kini, ada satu lagi trend yang aku perhatikan iatu bahasa budak kecik. Itu jadi ittew, actually jadi ekcelli, kecil jadi tecik. Huu... rasa berbulu aje telinga aku membacanya. Yang lebih menyedihkan profesion blogger itu adalah guru.

Tak fahamlah aku bagaimana carafikir mereka dalam menghayati dunia penulisan. Sedangkan aku yang sedari sekolah menengah belajar dalam Aliran Sains dan kerja pula dalam bidang Teknikal, semampu boleh mahu menulis menggunakan bahasa Melayu yang indah.

Kalau setakat sesekali itu keluar sikit dari taman Bahasa Standard tu masih ok. Terlalu dikongkong oleh etika Bahasa BAKU pun tak meriah dan terpenjara pula minda. Kita bukannya penulis makallah tetapi penulis kreatif. Cumanya janganlah kretiviti membunuh jatidiri.

Dalam banyak-banyak penulis mutakhir ini yang aku suka membaca artikelnya ialah Ahmad Lutfi Othman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan