Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 14 Julai 2011

PSM Dakwa Polis Cipta Konspirasi Baru

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa polis mencipta konspirasi baru untuk dikaitkan dengan parti itu berhubung penahanan enam aktivisnya di bawah Ordinan Darurat. Setiausahanya, Arutchelvan berkata, dakwaan itu berdasarkan soal siasat yang dilakukan tiga unit polis iaitu siasatan ibu pejabat polis daerah (IO), D6 Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Cawangan Khas Bukit Aman. Menurutnya, mereka menggunakan pelbagai teknik untuk soal siasat, bahasa kesat, pendekatan lembut dan keras, menanam ketakutan, penderaan (dipaksa berdiri untuk 7 jam) serta melagakan satu ahli dengan ahli yang lain.


Harakahdaily melaporkan PSM bimbang enam tahanan itu dipaksa menandatangani beberapa dokumen yang tidak diketahui isi kandungannya.

Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim turut hadir pada sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina tengahari tadi. Awal Julai, Polis menahan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar Devaraj di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Mereka adalah 30 ahli PSM yang ditangkap ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu ‘Udah La Tu… Bersaralah’ pada 26 Jun lalu, menjelang himpunan Bersih 2.0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan