Jumaat, 22 Julai 2011
Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang beroperasi
Penubuhan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kahang adalah daripada rumusan percambahan minda yang membolehkan kami bergerak aktif bagi memahami denyut nadi rakyat yang ditimpa kesusahan dan ditindas kezaliman
Golongan yang ditindas, rakyat marhaen, fakir dan miskin, ibu tunggal, ibu tinggal, masalah peneroka bandar, mangsa rumah terbengkalai, krisis peneroka tanah rancangan, murid keciciran, sudara baru, ibu tunggal, ibu tinggal, orang kurang upaya, mangsa ISA dan apa saja yang difikirkan sesuai .
Mereka sentiasa menjadi matlamat kami untuk dibantu dalam bentuk khidmat nasihat dan memanjangkan kepada pihak yang berkenaan dan mendapatkan liputan media massa sekurang-kurangnya meringankan beban mereka lebih-lebih lagi dengan kebuntuan akibat kenaikan harga barang asasi baru-baru ini.
Semoga program ini mendapat sambutan semua pihak. Kami juga mengalu-alukan apa juga sumbangan dari semua pihak. Yakinlah, sumbangan tuan akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT dan pasti akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Semoga ianya akan berterusan di masa-masa akan datang.
Objektif program
1. Menyahut seruan Allah SWT supaya bertolong-tolong dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan, nasihat dan penyelesai masalah, lebih-lebih lagi kepada golongan yang sangat memerlukan.
2. Menggerakkan jentera sukarelawan agar terbiasa dengan kerja amal islami dari proses mencari dan menerima aduan dari sasaran, menguruskan aduan kepada pihak yang berwajib, mengutip sumbangan daripada penyumbang sehingga keperingkat tim khas berbentuk kebajikan kepada sasaran.
3. Kerja menyelesaikan masalah dan mengatasi kemelut umat yang berbentuk kebajikan melalui contoh akhlak yang terpuji terbukti lebih ampuh dan menyentuh hati dari propaganda dan pidato. Kurangkan bercakap dan banyakkan bekerja.
4. Slogan kami ialah berkebajikan, kami prihatin dan kita bersaudara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan