"Aku cukup kesian dengan ibrahim ali sejak akhir-akhir ini.Apa yang dia lakukan dengan perkasa semuanya tidak menjadi.Ugut sana ugut sini tapi akhirnya skrip yang sepatutnya memperlihatkan perkasa itu memang perkasa akhirnya makan tuan.
Dengan berpaksikan kepada kaum bumiputera sebagai tunjang perjuangannya walaupun mereka juga mendakwa memperjuangkan Islam,tetapi merekalah sebenarnya yang menyababkan MCA dan MIC terus sunyi sepi dipersada politik negara.Kelihatan hanya UMNO vs PR sambil dibantu oleh perkasa,polis dan sedikit persatuan-persatuan peniaga/pesilat melayu yang sememangnya bergayut pada dahan umno untuk terus hidup.
Bersih2.0 ini sebenarnya dipromosikan secara percuma oleh pihak umno melalui medianya dan disebabkan promosi percuma inilah PR terus kelihatan gagah dimata rakyat marhain yang sememangnya tidak mendapat apa-apa habuan dari sesiapapun.Setiap hari pihak umno dan pelakon-pelakon pembantunya menghentam program Bersih2.0 agar program ini kelihatan ganas dan menakutkan orang ramai.Setiap hari ada sahaja persatuan dari pihak umno yang mengugut akan mengacau perjalanan program itu.Disini memperlihatkan siapa yang samseng dan siapa yang mengikut lunas undang-undang sebenarnya.
Ali rustam dengan persatuan silatnya mengugut kononnya dia tidak memberi jaminan yang ahlinya tidak akan menganggu program tersebut sekiranya diadakan.Beginikah sahaja taraf seorang MB umno yang menang secara rasuah mengeluarkan kenyataan kepada rakyat malaysia? Adakah rakyat kita ini setaraf cerita tarzan dimana kita ini haiwan dan mereka itu tarzan? Sekali tarzan memekik semua haiwan pun bersusun menurut perintah selanjutnya. Ini hanya dalam pemikiran mereka sahaja dan bukan dalam pemikiran rakyat terbanyak sekarang ini.Kesian melihat telatah mereka yang jarang ditarbiahkan dengan kematian.
Ezam mohd nor juga mengambil kesempatan dipulau pinang tempohari dengan melakukan demontrasi yang kononnya menjaga kepentingan kaum bumiputera disana.Apa yang kita dapat saksikan bahawa,majoriti yang mengambil bahagian disitu adalah tokey-tokey dari juak umno yang sudah kenyang dengan projek-projek dikerajaan pusat.Mereka ini bukan memperjuangakan nasib bumiputera pulau pinang sangat,tetapi memperjuangkan nasib mereka sendiri sahaja dengan menggunakan 'askar-askar' upahan yang dibayar agar kelihatan seperti majoriti menyokongnya sekarang ini. Adakah ketua-ketua bahagian umno ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa?Berapa ramai umat melayu yang hanya duduk diatas rizab longkang,menumpang diatas tanah wakaf dan bersempit didalam rumah rumah merpati di negeri pulau mutiara itu sejak sekian lama?
Setelah diperhatikan akan juak-juak didalam umno ini sejak dahulu kini dan akan datang,tiada yang memotivasikan mereka dalam berpolitik melainkan mengejar kemewahan.Kita lihat sebelum orang-orang ini masuk dalam parti umno,mereka adalah orang biasa sahaja yang mempunyai impian.Tetapi setelah mereka aktif dipersada politik terutama umno ini,bukan sahaja impian dapat dicapai,malah terciptanya manusia ini melalui proses tarbiyah mereka telah menyebabkan kos mentadbir negara menjadi terlalu mahal.Berapa ribu orang umno yang berjawatan bermula dari peringkat cawangan hinggalah peringkat bahagian dan juga negeri malah keperingkat pusat. Mereka ini perlu 'diberi' makan setiap hari agar terus hidup.Dengan apa harus diberi makan? Melalui projek-projek yang menggunakan elemen rasuah agar kekayaan negara hanya dikongsi oleh juak-juak mereka sahaja.
Setelah ancaman demi ancaman yang diberikan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan semakin 'panas' dengan tindakan polis yang menangkap semua yang berwarna kuning dinegara ini, Yang Dipertuan Agong terpaksa campur tangan pada kali ini.Adakah YDPA melihat Najib tidak berjaya meredakan keadaan yang semakin tegang sehingga memerlukan baginda masuk campur? Pelbagai reaksi bermain difikiran ketika ini berkenaan tindakan najib yang tidak bijak menguruskan negara terutama menguruskan permasalahan rungutan rakyat.
Asalnya Bersih2.0 ingin menghantar memorendum kepada YDPA pada 9.7.2011 ini tetapi kerajaan umno telah mengharamkan kumpulan ini terlebih dahulu agar tindakan menghancurkan mereka dapat dilakukan.Umno merancang Allah juga merancang. Niat umno yang asalnya mahu menggagalkan Bersih2.0 dari berjumpa YDPA akhirnya berjaya dipercepatkan kepada 5.7.2011. Tidakkah ini satu keajaiban yang berlaku didepan mata kita?Apa yang umno rancang melalui tindakan menakut-nakut Bersih2.0 akhirnya telah mempercepatkan memorendum rakyat itu dapat dihantar dan diberi terus kepada tangan Baginda tanpa sebarang masalah malah terus perhatian dapat diberikan kepada perkara yang dibangkitkan oleh Bersih2.0 ini.
Untuk itu kita harus mengucapkan jutaan terimakasih kepada umno dan kumpulan-kumpulan pembantunya yang berjaya mempercepatkan memorendum itu dapat dihantar kepihak YDPA tanpa sebarang masalah.Jika tidak pihak Bersih2.0 terpaksa menunggu sehingga hari sabtu ini dan jika berjaya berarak sehingga keistana sekalipun,belum tentu memorendum itu dapat diberi terus kepada YDPA seperti yang berjaya dilakukan pada hari ini.Syabas Bersih2.0.
Oleh itu perlawanan pada separuh masa pertama ini pihak PR berjaya mendahului BN dengan aggregate 2-0 dengan perlawanan digelanggang lawan walaupun penyokong-penyokong mereka 'membaling batu dan botol-botol air' keatas 'padang perlawanan' tanpa diawasi oleh 'FRU' yang bertugas.Dan untuk pengetahuan semua,perlawanan ini adalah diantara pasukan Bersih2.0 yang hampir semuanya wanita dengan pasukan umno yang keseluruhannya lelaki. Diharap pada sesi separuh masa kedua nanti perlawanan dapat berjalan dengan lancar dan tenteram..FAIR PLAY and GOOD GAMES.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan