DR LO' LO' GHAZALI TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH
Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia sebentar tadi.
Satu kehilangan besar dalam PAS. Mutiara yang tiada tolok bandingnya.Saya mengenali personaly dengan Almarhumah seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang.Selalu tanya khabar sakit demam.Sentiasa menghangatkan suasana berjemaah bila saya sudah mula hanyut dengan dunia.
Beliau adalah seorang ketua, seorang kakak dan seorang sahabat. Menginfaqkan diri untuk jemaah..
Inilah MUTIARA YANG HILANG...Lantang bersuara di Parlimen...
Ya ALLAH engkau ampunkanlah semua dosanya..engkau tempatkan ia bersama orang-orang yang saleh...Selamatkanlah ia dari azab kubur..Selamatkanlah ia dari azab api nerakamu..Ya ALLAH sesungguhnya kekandaku ini adalah orang yang baik...Ya ALLAH...permudahkanlah segalanya buat kekandaku ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan