Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 8 Julai 2011

Benarkah ada pihak ketiga arah polis sekat Bersih?


KUALA LUMPUR: Tindakan ‘agresif’ polis menyerbu, memenahan, menyekat dan memenekan penyokong Bersih 2.0 mungkin kerana ada pihak ketiga yang mempengaruhi pasukan polis, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohammmmad Sabu berkata demikian ketika ditemui 5 Julai lalu di Kuala Lumpur sebelum Timbalan Presiden PAS itu bertolak ke Merbok, Kedah.Beliau melontarkan pertanyaan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar apakah pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dua minggu sebelum bersara daripada polis bahawa adanya campur tangan pihak ketiga terhadap polis masih lagi berlaku kini.

Beliau hairan, polis dilihat cukup agresif dan bertindak hingga membelakangi hak-hak rakyat, termasuk ada tindakan ke atas penyokong PAS yang mendengar ceramah di dalam premis PAS. “Mengapa mereka betul-betul menekan Bersih, penyokong parti politik yang mahukan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik?

“Apakah ada salahnya dalam lapan tuntutan yang dibawa Bersih 2.0 dalam memmemmemurnikan perjalanan pilihan raya di negara ini?.Adakah ada pihak yang sebenarnya menekan pihak polis untuk bertindak sedemikian?” soalnya.

Mohamad Sabu mahu Ketua Polis Negara yang ada hari ini memberi penjelasan kerana tindakan polis mutakhir ini dilihat seolah-olah terdesak.

Beliau percaya, apa yang pernah dilontarkan bekas KPN ada kebenarannya memandangkan Musa Hassan melontarkan isu itu sebelum bersara.

Sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju-T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju-T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

Di Melaka, Mahkamah Majistret Jasin hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap 17 ahli PAS termasuk seorang pemimpin yang ditangkap dipercayai terbabit mempromosi perhimpunan Bersih 2.0, di Simpang Kemendor, semalam.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin itu dipohon oleh pegawai Penyiasat, Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan. Bagaimanapun, sebelum itu, peguam yang mewakili 17 ahli PAS terbabit, Damian Yeo memohon mahkamah membatalkan permohonan reman tersebut dengan alasan mereka telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan percakapan rekod di Balai Polis Jasin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan