Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 26 Julai 2011

Jom kira bil elektrik anda

Kenaikan tarif bil letrik baru-baru ini amat membebankan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah, terkejut amat bila kita dapat bil ianya meningkat sekurang-kurangnya 12 hinggit, itu jika pengguna biasa, kalau peniaga dan peruncit dan pengilang, lagilah naik dan kenaikan ini akan menyebabkan kos operasi yang besar maka ia berantai menyebabkan harga barang khususnya makanan mencanak naik...

TIDAK SEPERTI JAMINAN MENTERI DAN TNB



BIL LETRIK
  • Dengan kenaikan Tarif LETRIK yang di umumkan oleh Kerajaan dan TNB yang Berkuat-kuasa pada 1hb June 2011 kenaikan Purata sebanyak 7.12 % atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kw/j)
  • Dan sehubungan dengan pengumunan tersebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berkata bahawa kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kw/j sebulan atau kurang.
  • Dan beliau berkata "Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan" (Link: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita)
KEADAAN SEBALIK NYA BERLAKU
  • Ramai Penduduk di dalam dan Luar Bandar MERASAKAN KENAIKAN BERAT Tarif Letrik walaupun mereka di dalam Kumpulan 75% Pengguna Domestik atau 4.4 Juta Pengguna berdaftar dengan TNB.
  • Walaupun Kadar Penggunaan Letrik Golongan tersebut Tidak berubah daripada masa-masa sebelum nya.
JAMINAN MENTERI HANYA BENAR PADA
  • Jaminan yang di berikan oleh Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hanya TERBUKTI BENAR dari Sudut Perkiraan KW/J, kerana sememang nya Penggunaan Letrik daripada Golongan tersebut tidak akan BERUBAH atau akan BANYAK BERUBAH.
  • Dan yang BERUBAH dan TERJEJAS ialah dari Sudut NILAI dan PEMBAYARAN yang di kenakan menurut TARIF BAHARU.
  • ITU BERMAKNA kesemua 4.4 Juta Pengguna Domestik Berdaftar dengan TNB TERJEJAS dengan TARIF BAHARU dan TIDAK WUJUD PENGECUALIAN.
CONTOH MUDAH
  • JIKA sebelum KENAIKAN TARIF, setiap Pengguna yang menggunakan sebanyak 250 kw/j sebulan hanya PERLU MEMBAYAR sebanyak RM43.60 Sebulan.
  • TETAPI dengan TARIF BAHARU, Para Pengguna ini PERLU MEMBAYAR sebanyak RM55.75 Sebulan dengan Tambahan Nilai sebanyak RM12.15 Sebulan.
  • INI membawa maksud bahawa KENAIKAN TARIF LETRIK telah membawa kepada KENAIKAN NILAI yang perlu DI BAYAR ialah sebanyak 27.87% Sebulan.
  • Yang DI KIRA melalui PERBEZAAAN NILAI SEKARANG dengan NILAI LAMA melalui setiap BIL LETRIK.
  • Dan ini belum lagi di sebut KENAIKAN SECARA PERBEZAAN NILAI yang berlaku di dalam Golongan Pengguna Perniagaan yang juga berada di dalam PERATUSAN NILAI KENAIKAN yang sama.
KESAN KENAIKAN
  • Oleh kerana HAL TERSEBUT lah yang MENYEBABKAN KESEMUA HARGA RUNCIT BARANGAN PENGGUNA NAIK MENDADAK di dalam semua SEKTOR INDUSTRI PERNIAGAAN.
  • Yang bukan RAKYAT PERLU menanggung SEKITAR 27% kenaikan BIL LETRIK pada setiap bulan TETAPI RAKYAT juga TERPAKSA MENYERAP setiap KENAIKAN HARGA yang DI KENAKAN pada setiap BARANGAN PENGGUNA dalam Kadar yang sama banyak iaitu antara 25-30%
  • INI membawa maksud bahawa, walaupun kenaikan yang di umumkan oleh TNB itu KECIL (2.23 sen) tetapi IMPLIKASI nya MENGENAI kepada KESELURUHAN PENGGUNA, PENIAGA, BARANGAN dan PERKHIDMATAN secara SERENTAK dengan LONJAKKAN PERBELANJAAN Tambahan sebanyak 25-30%
SEBENAR NYA
  • Langkah untuk MENAIKKAN TARIF LETRIK pada Tahun 2011 ini adalah TIDAK TEPAT di dalam Keadaan Ekonomi Rakyat yang sedang MERUDUM.
  • Dimana Pihak Rakyat TIDAK DAPAT untuk MENYERAP segala KENAIKAN dari Segi Nilai Tambahan kepada PERBELANJAAN BULANAN kerana Pendapatan Kasar mereka maseh Tidak berubah dan di dalam SKALA yang sama.
SEPATUT NYA PIHAK KERAJAAN
  • HARUS DI UBAH Status TNB daripada GLC Kerajaan yang MENJANA & PEMBEKAL LETRIK kepada PENGELOLA LETRIK NEGARA yang hanya Bertindak sebagai PEMUNGUT BAYARAN BIL LETRIK daripada Pengguna seperti POS MALAYSIA.
  • KERANA Pihak TNB bukan PENJANA LETRIK NEGARA yang sebenar dimana mereka MEMBELI TENAGA LETRIK daripada Pihak IPP.
  • Langkah MENGUBAH TARAF TNB ini akan dapat MENJIMATKAN WANG RAKYAT dimana Pihak IPP hanya perlu MENYALURKAN TERUS TENAGA kepada PENGGUNA dengan HARGA IPP.
  • Dan sebagai PENGELOLA PUNGUTAN BIL LETRIK, TNB harus DI LAYAKKAN untuk mengambil 5% sebagai WANG PERKHIDMATAN daripada BIL yang di bayar oleh Pengguna
LANGKAH INI JUGA AKAN
  1. Dapat Mengecilkan Fungsi TNB dengan Kaki-Tangan yang Tidak Perlu dengan Kefungsian sebagai Pengelola Pungutan Pembayaran Bil-Bil Letrik.
  2. Dapat Mengurangkan Kos pembayaran Gaji CEO TNB yang Tinggi pada waktu ini.
  3. Dapat Menurunkan TARIF LETRIK dengan DRASTIK
  4. Dapat Membuat dan Mendorong Para IPP untuk Bersaing dari Segi Harga Jualan dan ini akan mengurangkan dan menurunkan Harga dengan lebih rendah lagi kepada Pengguna
  5. Dapat Menurunkan juga HARGA BARANGAN PENGGUNA di dalam Negara di dalam semua SEKTOR PERINDUSTRIAN.
  6. Dan Pihak TNB Tidak Perlu lagi untuk Mengumumkan Penurunan Keuntungan Perniagaan seperti yang mereka lakukan baru-baru ini.
PERSOALAN
  • ADAKAH PIHAK KERAJAAN SANGGUP dan BERANI untuk melakukan LANGKAH MENGUBAH PERANAN TNB INI?
  • ATAU Sanggup kah Pihak IPP untuk BERSAING SESAMA IPP secara langsung di dalam Pasaran TERBUKA jika Peranan TNB di Tukar?
Fikir-Fikirkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan