Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 12 Julai 2011

Dah lepas demo pun tak boleh pakai baju kuning


PETALING JAYA: Dua lagi ahli PAS ditangkap polis kerana memakai baju T kuning Bersih di Johor Baru pagi tadi, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat.

Mereka ialah Yang DiPertua PAS Johor Baru, Rosli Kemin dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim.

Menurut Suhaizan, mereka ditangkap selepas mengiringi Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfouz Mohamed membuat laporan mengenai keganasan polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 di Balai Polis Central Johor Baru pagi tadi.


“Polis menangkap Rosli dan Zaaba ketika kami mengadakan sidang media di luar kawasan polis tetapi secara tiba-tiba anggota polis menangkap kedua-duanya.

“Kami meminta mereka dibebaskan tetapi sehingga sekarang polis masih menahan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Suhaizan berkata, yang menjadi persoalan ialah mengapa menangkap mereka yang memakai baju kuning jika tidak melakukan sebarang kesalahan.

Katanya, jika mereka terbabit dengan jenayah, polis boleh menangkap mereka. Tetapi tindakan keterlaluan polis ini menyebabkan persepsi rakyat kepada polis menjadi buruk.

“Saya percaya polis diarahkan bertindak ke atas peserta Bersih oleh orang politik tertentu,” tambahnya.

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta Bersih ditangkap kerana mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan