Selasa, 31 Mei 2011
IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir,

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
Menjaga kroni
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.
Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.
Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).
Bertahan semusim saja
Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.
“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.
Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.
Kerajaan bertukar tetapi kakitangannya masih tegar Umno
Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.
Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.
"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.
Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.
5 kali cuba pujuk Nik Aziz, sekadar tawar 3 menteri je

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.
Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".
Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.
Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.
Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
Peserta terkejut
Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).
Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.
Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.
Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.
Letrik naik barang makanan pun turut naik



Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
Letrik naik membebankan rakyat

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting
Isnin, 30 Mei 2011
Petanda Tsunami / gempa lagi

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.
Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.
Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59
Ulasan GB

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.
Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.
Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?
PM Vs TPM bertelagah tarikh PRU13

TEMERLOH 29 MEI : Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk memanggil Pilihanraya Umum ke-13 akibat pergelutan kuasa dalam parti itu, kata seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin walaupun Timbalan Presiden Umno itu menyedari langkah itu mengundang padah untuk Umno berasaskan sentimen semasa pengundi, kata Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid.
Menurut beliau, kekalahan untuk Umno pada PRU-13 akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar Najib pada pemilihan parti yang akan datang, dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib.
Najib-Muhyiddin Tak Setuju Tarikh PRU-13?
Taik Judi Melayu 1Malaysia




Senarai pemimpin UMNO yang terlibat dengan perniagaan judi

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000
2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
2. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah.
Jumaat, 27 Mei 2011
Susah bangun dan sukar solat subuh berjamaah
Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.
Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu
Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:
1) Tidur awal:
Menjadi kebiasaan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.
Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.
2) Memelihara adab tidur:
Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentiasa dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.
Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.
3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.
4) Menjauhi perbuatan maksiat:
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.
5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.
Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.
6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.
Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:
((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka
.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan
otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal
7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim
Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah
Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.
Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.
Tiap-tiap kesusahan diikuti 2 kemudahan

Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al-Insyirah: 5-6).
Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.
Percayalah...
“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”
‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."
Yakinlah saudaraku...
Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.
Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.
Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair,
Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya. - Deasy Lyna Tsuraya (republika)
Video Seks : Polis Digesa Segera Siasat siapa bocorkan kepada ketua kampung (video)
Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara.
"Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya.
"Ini bagi kami merupakan politik kotor Umno dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?" soalnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Selangor yang mendakwa telah menerima video berkenaan.
Cakera video berkenaan yang memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang telah diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu.
Menurut Khalid, cakera video tersebut diterima oleh ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Kampung Kuantan Klang dan Kampung Melayu Subang.
Selain itu, ketua Kampung Bukit Kapar (Meru), Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos.
Sebelum ini, lapan orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan.
"Tempat lain sudah terima, Shah Alam sudah terima, kemungkinan besar seluruh negara JKKK dan Ketua Kampung dah terima video. Boleh bayangkan jumlah wang yang dibelanja dan tahap yang diusahakan pihak ini.
Khalid berkata penyebaran video berkenaan mungkin didalangi Umno dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana gerak kerja mereka yang tersusun dan modal besar yang harus digunakan bagi melakukan penyebaran seperti itu.
"Ini semua menunjukkan ada organisasi dan kempen yang tersusun dan terancang yang sedang dilakukan mereka," kata Khalid.
Tiada lagi arak di 7 Eleven negeri Pakatan


"Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3471-arak-tiada-lagi-di-7-eleven-kawasan-melayu

SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.
Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.
Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.
Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.
Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam. Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi.
Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu. Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)
Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang. "Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.
Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan. Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. “Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.
"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.
"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.
"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.
"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.
"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.
Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.
“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.
Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.
Main kotor untuk menang padahal sudah ditolak rakyat
Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak
Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.
Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.
Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.
Khamis, 26 Mei 2011
Biar rakyat mati

Jenazah remaja tak diurus sebelum bedah siasat kedua
Jenazah Johari Abu Bakar, yang akan berusia 17 tahun bulan depan sebelum ditembak mati oleh polis pada 13 Mei lalu dibiarkan tanpa diurus di sebuah van semalam kerana kerana alasan birokrasi.
Menurut peguam keluarganya, Latheefa Koya, kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) enggan menempatkan jenazah itu di bilik mayat meskipun Mahkamah Tinggi awal semalam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan.
Latheefa berkata mayat remaja itu dibiarkan terdedah selama sekurang-kurangnya dua jam, apabila dia dibawa dari Hospital Serdang di mana ia disimpan sebelum ini pada jam 3 petang.
Jenazah itu masih disimpan di van berkenaan sehingga berita ini ditulis pada hari semalam.
Pada 6.40 petang, katanya terdapat bau yang kuat sehingga mengganggu pemandu van itu.
“Kakitangan itu meminta surat jaminan bahawa pihak hospital tidak akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kerosakan.
“Kami disuruh berhubungan dengan satu pegawai kepada pegawai yang lain, (pihak hospital) kini sedang menyediakan kertas kerja tetapi mereka enggan bawa jenazah ke rumah mayat,” katanya apabila dihubungi.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan di UMMC dengan kehadiran seorang pemerhati bebas.
Polis mendakwa Johari, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dan kemudiannya menjalankan kerja-kerja am ditembak mati apabila beliau melepaskan tembakan ke arah polis.
Mereka juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya pada 7 Mei.
Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.
Mereka berharap untuk mengkebumikan anak mereka pagi ini.
Mahkamah benarkan bedah siasat
SHAH ALAM – Seorang suri rumah menyuarakan rasa syukur selepas permohonannya untuk menjalankan bedah siasat kedua terhadap mayat anak lelakinya yang ditembak polis di Dengkil 13 Mei lalu, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu terhadap permohonan Salmah Mohamed Shariff, 41.
Keputusan beliau sekali gus memberikan kebenaran kepada pakar patologi forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), menjalankan pembedahan itu seperti dipohon Salmah.
Salmah memfailkan notis usul pada 19 Mei lalu supaya bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat anaknya, Mohamad Johari Abu Bakar, 17, bagi mengetahui punca sebenar kematian remaja itu.
Mayat Johari yang kini berada di Hospital Serdang didakwa mempunyai kesan lebam pada muka dan badan, manakala le-ngan kanan terkulai dipercayai patah.
Dia selaku plaintif menamakan Ketua Polis Dengkil sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Sepang defendan kedua dan Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga.
Dalam permohonan itu, Salmah turut mengemukakan usul supaya seorang pemantau bebas dan berkelayakan dibenarkan hadir semasa bedah siasat.
Selain itu, Salmah memohon laporan bedah siasat berserta semua dokumen lain berkaitan diserahkan kepada peguamnya, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.
Mohtaruddin dalam penghakimannya berkata, pihak Salmah, Hospital Serdang dan PPUM perlu mencapai persetujuan berhubung tempat dan prosedur bedah siasat itu dijalankan.
“Johari meninggal dunia pada 13 Mei lalu, sebagai Muslim saya bertanggungjawab memastikan mayatnya segera dikebumikan. Makin lama, makin seksa mayat itu.
“Mahkamah izinkan bedah siasat dijalankan, manakala kos ditanggung pemohon,” katanya.
Salmah di luar mahkamah berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu dan berharap segala urusan berjalan lancar.
Menurutnya, keluarganya berada dalam dilema kerana dalam usaha menyegerakan urusan pengebumian, mereka terdesak mengetahui punca sebenar kematian Johari.
Kakak Johari, Siti Hasmah Kadarshah, 28, berkata, beliau bersedia menanggung segala kos asalkan bedah siasat berjaya dijalankan seperti dipohon.
“Kami langsung tidak tahu mengenai punca kematian Johari, malah masa Johari ditembak kami tidak dimaklumkan. Kami tahu berita itu melalui rakan arwah,” katanya.
Sementara itu, nenek Johari, Jamilah Mathisahiv, 56, berkata, dia sedih dengan cara kematian Johari yang menurutnya tidak sepatutnya berlaku.
“Kalau Johari salah, tangkap dia, kena penjara 7 tahun hingga 10 tahun pun tak apa, saya boleh datang tengok di penjara. Tapi kenapa tembak dia macam anjing,” katanya.
Rabu, 25 Mei 2011
Tahniah walaupun peranan Unit Amal dipandang sepi (foto)







Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.
Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.
Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.
Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.
"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.
"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.
Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.
Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.
"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.
"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.
Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.
"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.
Lelaki mati tergantung dalam lokap Balai Polis Spg Renggam

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di Kluang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.
Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.
Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.
- Bernama
Selasa, 24 Mei 2011
Terkini gambar dan berita : Anak Yatim Al-Taqwa
Ditempatkan Di Lembah Azwen Sebelum Dapat Penempatan Baru

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Kajang supaya rumah anak yatim di lokasi kejadian tidak digunakan sehingga satu keputusan dibuat.
Kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengenakan kadar premium serendah RM1 kepada mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pusat kebajikan di tanah milik kerajaan negeri.
"Ia bagi menggalakkan usaha murni itu selain memastikan mereka dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih selamat.
"Kerajaan negeri boleh tolong, kalau ada tanah-tanah yang sesuai untuk pemohon baru, kerajaan sedia memberi kadar premium yang rendah," katanya selepas mendengar taklimat tragedi itu di tempat kejadian hari ini.
Pada masa ini, Lembah Azwen Resort menjadi tempat perlindungan sementara bagi 24 kanak-kanak yang terselamat dalam tragedi itu.
Wakil resort itu, yang enggan namanya disiarkan, berkata pihak resort terbabit menyediakan sebuah bilik penginapan bagi menempatkan kesemua kanak-kanak tersebut.
"Selain itu, pihak kami turut menyediakan chalet kepada guru-guru dan petugas rumah anak-anak yatim berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Resort itu, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian akan menjadi tempat perlindungan sementara bagi kanak-kanak itu sehingga mereka mendapat tempat baru disediakan oleh pihak berkaitan.
Terdahulu, kerajaan negeri Pulau Pinang turut menghulurkan bantuan berjumlah RM25,000 kepada mangsa dan waris tanah runtuh itu di mana setiap waris mangsa yang terkorban menerima sumbangan RM1,000, RM500 bagi setiap mangsa yang cedera sementara RM4,500 kepada rumah anak yatim berkenaan.
Sumbangan disampaikan oleh Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu yang mewakili Ketua Menteri Lim Guan Eng.
macamana Perkasa boleh tahu 2 bulan sebelum kejadian

BUKAN juga untuk menuduh, tetapi sama seperti DS Anwar yang bertanya mengapa PERKASA boleh tahu apa yang bakal berlaku kepada keretanya berbulan sebelum kereta Ketua Pembangkang itu mengalami kemalangan yang dikatakan akibat sabotaj itu?
DS Anwar menyoal , "PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya (Malaysiakini).
Ramalan itu benar, baru-baru ini kereta tersebut yang dinaiki oleh isteri beliau DS Wan Azizah mengalami kemalangan kecil akibat kerosakan pada skru tayar kereta berkenaan. Laporan Polis telah dibuat oleh Pemandu DS Anwar memandangkan hasil pemeriksaan mekanikal menunjukkan tayar kereta berkenaan terdapat unsur-unsur sabotaj.
Terdapat gesaan dari PERKASA agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya beliau akan melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di luar negara. Gesaan ini pernah dibuat oleh `raja sesumpah' Ezam Mohd Noor. Betapa baculnya mereka untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR ini. Tiadakah jalan lain selain dari bertindak sedayus itu? Sudahlah berdebat tentang ekonomi negara pun pemimpin Umno takut, kini cuba bertindak seperti `pondan'.
Sampai bila Umno ingin gunakan kuasa kerajaan untuk menyekat Pembangkang? Berbagai perkara telah cuba kamu lakukan, alhamdulillah, rakyat semakin jauh dari kamu. Apabila gagal mengemukakan hujah, mereka bertindak sehingga kadangkala di luar batas seorang manusia apatah lagi sebagai seorang Islam.
Apa pun yang bakal kamu rancang dan lakukan, PR kini sudah menetapkan niat untuk terus memberitahu rakyat bahawa sudah cukup tempoh dan masa zaman kezaliman Umno/Bn memerintah negara ini. Rakyat kini tidak sabar untuk berada di dalam negara yang penuh dengan keharmonian kaum, telus dan berkebajikan./wfauzdin.blogspot.com
Isnin, 23 Mei 2011
Al-fatihah dan takziah kepada mangsa tanah gelongsor

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.
Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.
- Bernama
Rakyat kita kaki botol, astagfirulah
Berdasarkan statistik WHO, Orang Malaysia Termasuk Orang Melayu Islam, Habiskan RM1.5 bilion Untuk Beli ARAK Dengan Penggunaan 7 liter Per Kapita.
Mungkin ini antara penyumbangnya:
Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.
Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.
Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.
Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp.
Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.
Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan langsung sumber pendapatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak langsung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.
Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menisytiharkan bahawa negara memungut cukai sebanyak RM77 juta.
Faktor yanag menyebabkan tanah gelongsor
Faktor menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat
3 faktor alam sekitar menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat :-
a.Keadaan cuaca
b.Keadaan muka bumi dan geologi.Aliran puing (debris flow) berlaku berlaku secara semulajadi di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.
c.Sumber air atas bukit. Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh
Kejadian berkenaan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.
Seramai 16 orang telah di sahkan terkorban pada waktu entri ini di tulis .Al Fatihah untuk mereka dan semuga mereka di cucuri rahmat oleh Allah