Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 19 November 2011

Rakyat Mesir tak rela cubaan tentera ganti Mubarak

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir    menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak,  di Dataran Tahrir, semalam.

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.Rakyat Mesir desak askar undur




Perhimpunan pimpinan Ikhwanul Muslimim mahu revolusi dikembalikan

KAHERAH: Berpuluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir semalam bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran bertujuan mendesak tentera Mesir yang memerintah negara itu menyerahkan kuasa, 10 bulan selepas kebangkitan yang menumbangkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak.Ketika pilihan raya parlimen semakin hampir, yang pertama sejak Mubarak disingkirkan Februari lalu, penunjuk perasaan menuntut lebih kawalan berhubung Perlembagaan yang bakal dirangka Parlimen baru.Bantahan semalam diketuai Ikhwanul Muslimim dan kumpulan pelbagai parti politik di bawah sepanduk berbeza yang bersetuju tentera mesti menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam secepat mungkin.

“Rakyat mahukan jadual penyerahan kuasa,” kata satu slogan pada kain rentang besar yang digantung di dataran itu.

Ketika memberikan khutbah solat Jumaat, imam Mazhar Shahin menggesa penunjuk perasaan terus mempertahankan matlamat revolusi itu.

“Mungkin mereka yang memerintah memikirkan kita akan melupakan matlamat kita seiring masa yang berlalu. Mereka salah. Kami menolak bebanan dikenakan ke atas rakyat. Kami menolak dokumen Silmi. Tiada suara dapat menjatuhkan suara rakyat,” Shahin memberi amaran kepada Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak dijatuhkan.
Dokumen kerajaan yang dicabar, dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Ali Silmi, mengundang kecaman pelbagai pihak kerana memasukkan klausa yang mengeluarkan bajet tentera daripada pengawasan Parlimen dan membenarkan SCAF mempunyai kata putus mengenai hal berkaitan tentera.

Kerajaan menyemak semula draf itu, tetapi Ikhwanul Muslimin, yang menganjurkan bantahan besar-besaran Julai lalu menentang piagam itu, menolak idea dokumen berkenaan yang akan mengehadkan kekuasaan Parlimen untuk menderaf Perlembagaan, menyifatkan artikel itu tidak demokratik.

Pertubuhan itu, menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan, mungkin muncul sebagai blok terbesar dalam pilihan raya.

“Mereka yang bimbangkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, saya ingatkan jangan takut dengan Islam di Mesir. Mesir adalah Islam, sama ada suka atau tidak. Kami mahukan negara demokratik dengan visi Islam yang membenarkan rakyat mengamalkan hak dan demokrasi,” katanya. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan