Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 9 November 2011

Misteri mencanak naik bilangan pengundi


Jumlah pengundi naik mendadak, timbul tanda tanya

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Jumlah pertambahn mendadak pengundi baru seramai 1.35 juta orang yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum ke-12 menimbulkan tanda Tanya.

Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, sehingga 31 Ogos 2011, jumlah pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan layak untuk mengundi pada PRU13 adalah seramai 12.27 juta.

Peningkatan ini dilihat terlalu mendadak berbanding jumlah pengundi baru pada PRU11 dan PRU12 iaitu di antara 600,000 dan 700,000 sahaja, katanya.

Justeru itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengaitkan pertambahan ini dengan kes-kes pengundi hantu yang telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

“Selain itu, pendatang tanpa izin yang diberikan status warganegara dan dilayakkan untuk mengundi juga banyak dibongkar,” katanya.

Dalam pada itu Tan turut memberi contoh pertambahan pengundi baru di Selangor seramai 246,000 menjadikan jumlah pengundi sekarang seramai 1.8 juta.

“Peningkatan ini juga merupakan rekod baru bagi Selangor,” katanya merujuk jumlah pengundi pada PRU12 di negeri itu cuma 1.57 juta.

Beliau berharap Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) yang ditubuhkan untuk memulihkan sistem pilihan raya akan diberikan kuasa yang lebih mendalam dari Kementerian Dalam Negeri.

“Masalahnya, adakah pilihan raya akan diadakan sebelum PSC menyiapkan laporannya yang dijangka siap awal April depan?” katanya.

Jumlah Pertambahan Pengundi di Malaysia
Tahun Jumlah keseluruhan pengundi Jumlah pengundi baru Peratus peningkatan
1999 9.564 juta 552,898 6.12%
2004 10.285 juta 725,200 7.53%
2008 10.922 juta 637,548 6.00%
2011 (sehingga 31 Ogos) 12.268 juta 1,345,861 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan