Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 13 November 2011

Permudahkan, jangan menyusahkan


"Taman Melewar, 12hb Nov 2011.Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib menggesa para pendakwah PAS menggunakan pendekatan yang berhikmah dalam menyampaikan mesej parti kepada rakyat Malaysia dengan mengikut pendekatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah Islam.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam Multaqa Pendakwah PAS yang diadakan di Taman Melewar pada hari ini.

“Pernah pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda yang datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w ingin meminta izin untuk berzina dengan seorang perempuan, lantas Rasulullah s.a.w mendekati pemuda itu dan bertanya adakah beliau boleh menerima sekiranya ibu beliau sendiri yang berzina atau mana-mana saudara perempuan yang mempunyai kaitan dengan keluarganya berzina , lantas pemuda itu menyatakan beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku ke atas dirinya, lalu itu membatalkan hasrat beliau itu” ujar beliau.

“Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w menggunakan pendekatan yang penuh berhikmah tanpa mengherdik atau mengancamnya dengan hukuman yang tertentu” tegas beliau ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang peserta yang hadir dalam Majlis Multaqa tersebut.

Menurut beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu, seorang pendakwah itu seharusnya mengambil pendekatan sepertimana yang terkandung dalam salah satu riwayat hadis “Yassiru wala tu’assiru” yang bermaksud permudahkan dalam berurusan dengan orang lain dan jangan sekali kamu membebankan mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan