Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)
Tersebut dalam ‘kitab al-Qadha’ hadis Ibnu Umar berbunyi :
Maksudnya : “Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula kefakiran dan kemiskinan.”
(Hadis riwayat al-Bazzar)
Parah, 152,000 Anak Haram Dihasilkan Dalam 2 Tahun
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Amat parah apa yang terjadi di bumi Malaysia. Angka yang menunjukkan begitu ramai anak haram 'dihasilkan'. Itu yang direkodkan, entah berapa ribu lagi yang berjaya disembunyikan dan tak termasuk rekod. Begitu banyak cara-cara dan kaedah-kaedah yang dicipta sendiri untuk mengekang masalah ini berlarutan, namun jumlah semakin meningkat. Padah kerana agama diabaikan.
Ini adalah kegagalan semua pihak lebih-lebih lagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Juga akibat dari Menterinya sibuk-sibuk ingin menjaga lembu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan