Ahad, 7 Oktober 2012
Saham Felda tak naik-naik malah merudum
Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770
Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV.
Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas.
FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau.
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.
“Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.
“Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda),” kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara.
PRSB : Kalau niat tak betul konon mahu menampahkan pendapatan peneroka padahal mahu merampas khazanah dan hasil tanah rancangan, dulu ada koperasi semua pihak khususnya peneroka dapat laba dan pekerjaan sekarang hampeh....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan