Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 8 Oktober 2012

Pencerobohan Hutan : Apakah Adun Bn ini terlibat kalau merujuk kes terdahulu?

 
Arkib ; Baru-baru ini pada 18 Mac ’11, satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang ADUN BN yang mana telah dipercayai telah melakukan penerokaan hutan secara haram di Hutan Simpan Semberong Tambahan, Johor. 

Laporan polis tersebut bertujuan mendesak agar pihak yang berkenaan segera melakukan siasatan terhadap ADUN BN tersebut yang dikatakan telah menceroboh hutan simpan tersebut. Sebelum laporan polis dibuat, kami mengambil inisiatif sendiri meninjau kawasan hutan simpan yang dikatakan tersebut dan mengakui ada berlakunya aktiviti penebangan dan pertanian seperti yang dilaporkan malah aktiviti itu dibuat berhampiran dengan papan tanda melarang melakukan aktiviti tersebut. 

Ini menimbulkan persoalan adakah pihak berkuasa tidak tahu aktiviti ini ataupun sengaja ‘tutup sebelah mata’ kerana bersetongkol dengan penceroboh? Inilah sebab kenapa siasatan harus dijalankan dan pihak berkuasa harus memberikan jawapan dengan segera!

Dibawah ini disertakan laporan polis terhadap ADUN BN tersebut.

LAPORAN POLIS

18 Mac 2011

Aduan terhadap:-
  • YB Dato’ Abd Hamid Abd Rahman      ADUN Machap
  • Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor
  • Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri JohorPengarah Tanah Daerah Mersing

MUQADDIMAH

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan pada 3 Mac 2005 melalui no warta 362. Terletak di Kahang antara Daerah Kluang dan Mersing.dengan keluasan anggaran 15,000 ekar.

ADUAN
  • Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki YB Dato’ Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan balak di kawasan yang telah di gazetkan sebagai hutan simpan?
  • Mengapa Hamid Sawmill dibenarkan membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong sedangkan telah ada signboard larangan memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal, menebang dan mengambil isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?
  • Mengapa Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada signboard larangan meneroka tanah& pertanian?
  • Adakah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti di atas?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi berkaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.


Pencerobohan Hutan Simpan Kluang Kritikal

Kampung Bunian Tak Wujud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan