Projek kubur 80 ekar, kos RM31 juta di Pengerang
Itulah kata ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga
AJK Umno Pengerang.
PETALING JAYA: Satu projek perkuburan mega membabitkan kawasan seluas lebih 80 ekar dengan kos RM31 juta sedang dilaksanakan di Kampung Pungai, Pengerang di Johor.
Bagaimanapun, penduduk kampung membantah dan tidak gembira dengan projek perkuburan mega yang didakwa dibiayai Petronas itu.
“Kerja-kerja menambak tanah sudah bermula sejak sebulan lalu tetapi projek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung ini.
“Apa perlunya sebesar ini? Mengapa dibuat di tanah lapang? Kenapa tidak dibuat di atas tanah bukit di kawasan berhampiran,?” tanya ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang.
“Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan.” katanya dengan nada kecewa.
Menurut Isa tidak ada keperluan untuk Petronas membina tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.
“Sejak seratus tahun, masih banyak kawasan kosong di atas tanah perkuburan ini,” kata beliau lagi.
Kampung Pungai tidak terbabit dengan projek petrokimia dan hanya mempunyai kira-kira 200 buah rumah.
Isa yang tidak gembira dengan projek perkuran mega itu berkata, sepatutnya tanah perkuburan itu digunakan untuk projek perumahan untuk pemindahan projek RAPID.
PRSB : Taiwan dan Selangor dah tolak projek ini, kita bukan tolak pembangunan tetapi kenapa mesti merampas kampung tradisi rakyat?... isu pencemaran alam dan keselamatan rakyat tak boleh diambil ringan, sekarang belum mula projek pun ikan dah banyak yang mati bertaburan di pesisir pantai pengerang... lambat laun manusia pula yang akan mati akibat pencemaran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan