Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 1 Ogos 2012

Tangkap Saja Individu Yang Jual Tapak Bazar Kepada Warga Asing


Oleh Yusapiza

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyambut baik langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan rakyat tempatan yang menyewakannya kepada warga asing.

Langkah ini dilihat sangat bertepatan kerana Malaysia kini mengalami situasi lambakan warga asing. Ini juga dilihat dapat memberikan suatu pengajaran yang berguna kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan. Sikap suka mengambil 'untung atas angin' seharusnya perlu dikikis dari minda rakyat Malaysia. Semakin hari semakin ramai warga asing yang telah membuka perniagaan mereka sendiri tanpa diketahui dari manakah lesen diperolehi. Akhirnya, mereka ini dilihat seolah-olah mendominasi perniagaan runcit yang sepatutnya dmiliki oleh rakyat tempatan.

DPPWP juga ingin menyeru PBT dan juga Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat rakyat-rakyat tempatan yang memberikan lesen perniagaan ini. Ini kerana mereka terdedah dengan gejala rasuah dalam menawarkan lesen perniagaan mereka. Terdapat ramai rakyat Malaysia yang kesempitan hidup yang ingin berniaga namun ada juga yang lebih rela melihat rakyat Malaysia sengsara dengan memberikan lesen kepada warga asing.

Selain lesen perniagaan, SPRM juga diseru untuk menyiasat penyelewengan petak-petak bazar Ramadhan yang dilihat mengaut keuntungan yang melampau. Petak-petak bazar yang dibeli daripada PBT dengan harga yang murah namun dijual kepada peniaga dengan harga yang melampaui batas. Ini dapat menjejaskan periuk nasi peniaga-peniaga yang ikhlas ingin berniaga. Malah, ada tempat yang mengenakan sewa sehingga RM 3000 sehari di bulan Ramadhan sedangkan bayaran kepada PBT hanyalah RM200 setahun!

Justeru, DPPWP mengharapkan agar PBT dan SPRM lebih peka dalam menangani isu-isu penjualan lesen dan tapak perniagaan ini. DPPWP percaya ianya akan lebih segera dapat dibendung sekiranya tiadanya penglibatan 'orang dalam'.

YUSAPIZA YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS WP


PSB : Tak abis -abis nak kelepet duit rakyat. Umno nak untung atas angin melalui jual tapak, ada individu kroni majlis perbandaran dapat tapak bazar percuma tanpa melalui proses  pengundian, dia pun bukan meniaga, tapi dapat tapak kononnya lot koata bumiputera (baca Umnoputera) lalu di jual dengan peniaga kemboja, atau minang sampai RM2000 satu tapak, bayangkan kalau ada 10 tapak dia punya sedangkan orang tempatan yang merana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan