Masjid dijadikan lubuk untuk mencuri dan merembat apa sahaja yang boleh dijadikan duit.
Kalau dulu zaman ana sekolah setakat curi selipar dan kasut, pantang kasut berjenama seperti Adidas atau Puma memang tak boleh bawa ke masjid. Kadangkala kalau sengkek sangat pencuri ni, selipar jepun pun disapu, pening kepala pak bilal terpaksa balik kaki ayam.
Sekarang tak main kasut tetapi kebas motosikal, pecahkan cermin curi barang berharga dalam kereta yang biasanya orang tinggal kononnya untuk khusyuk solat sebab tak mahu diganggu deringan seperti ipad, ipod, laptop, telefon, kamera dan sebagainya. Akhirnya menyesal tak sudah...
Motosikal paling panas kena curi ialah jenama Honda EX5, tak tahulah dalam banyak jenama motosikal dan dengan kemuncuulan model motosikal yang terkini, pencopet ini masih mahu bawak lari EX5.
Mungkin sebab jentera EX5 ini mudah diubahsuai atau laris dipasaran gelap ataupun juga sebab ia lasak agaknya.
Semakin dekat nak menyambut Aidilfitri semakin galak mereka buat kerja overtime. Apa nak jadi dengan negara kita ini. Polis, Rela JPA sibuk jaga Pasaraya Kapitalis sedangkan keselamatan masjid di kampung halaman mereka tak ada siapa yang jaga...
PSB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan