Pisang, ubi kayu susah dapat bekalan
Kluang : Sempena Ramadan dan persiapan menyambut Syawal tahun ini ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang dan ubi.
Para peniaga goreng pisang mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang nipah, paniaga IKS yang membuat produk berasaskan pisang seperti kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang.
Kerepek Jawa
Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng dijadikan kerepek. Kerepek salah satu makanan ringan tetapi berkhasiat di negeri Johor sangat popular terutama menjelang Aidilfitri sebagai juadah yang dihidangkan kepada tetamu di rumah orang Jawa khususnya.
Salah seorang pengusaha kerepek ubi pedas di Simpang Renggam mengeluh mengenai bekalan ubi yang tidak mencukupi malahan tidak dapat menampung permintaan kerepek ubi. Saudara Sabetu Bin Daan mengatakan pada tahun lepas sebanyak 6 tan ubi diperlukan untuk menampung pasaran sekitar Johor dan seberang tambak tetapi tahun ini hanya mendapat 1 tan sahaja.
Beliau terpaksa menghadkan bilangan pekerja malahan menggorang sendiri ubi bersama keluarganya akibat kekurangan bekalan yang biasanya kerja-kerja tersebut dilakukan oleh pekerjanya yang terdiri dari kaum hawa kalangan jiran tetangganya sebagai salah satu sumber menambah pendapatan.
Sebelum Pak Meteri Pertanian sibuk dengan perkara besar seperti agenda hendak rampas Selangor dari Pakatan Rakyat lebih baik beliau pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. Ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.
Kelapa tak ada
Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tidak percaya tanya peniaga santan kelapa di pasar.
Tuan Guru
Teringat kata-kata TG Haji Hadi sempena Pameran Maha 2010 yang lalu , Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.
"Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.
"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media selepas melawat Maha 2010.
Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.
"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau yang turut disertai isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah.
Sy ada bekalan ubi, sila hubungi 0127090570, lokasi johor,
BalasPadamSAYA ADA BEKALAN UBI KAYU SRI MEDAN SENDIRI JIKA HENDAK SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0177857642,LOKASI JOHOR,SIAP PENGHANTARAN.
BalasPadamSAYA ADA BEKALAN UBI KAYU SRI MEDAN SENDIRI,JIKA HENDAK SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0177857642,LOKASI JOHOR,SIAP PENGHANTARAN
BalasPadamSya ada bekalan pisang...hubungi sy 0122803169..lokasi sekitar Johor
BalasPadamkami pembekal ubi kaya putih kalau tuan perlukan bekalan yang banyak boleh cll/msg sy di 014-7349491 (hafizi)
BalasPadamsya penanam ubi kayu isi kuning dr Perak. Contact 0165661278(Mr Looi)
BalasPadamSaya penbekal ubi kayu..sekitar negeri johor 0107029953 harga murah
BalasPadam