Rabu, 1 Ogos 2012
Kenyataan bercanggah kes kematian misteri kakitangan TV9
Mari bersama kita baca 2 kenyataan dicatatkan di akhbar sama dalam tempoh 2 hari.
Kenyataan 1 berbunyi ...
'Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini semalam' - Norazman Bashah (Suami)
Petikan di atas antara paparan akhbar Kosmo semalam, klik di sini.
Dalam artikel sama, mayat dilaporkan ditemui oleh suami Syaleza, Norazman Bashah, 31 tahun.
Bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dilakukan oleh doktor pakar di antara jam 12 tengahari dan 3 petang, 2 hari lalu sebelum jenazah dikebumikan di Labis, Johor.
Teliti pula kenyataan saya petik daripada akbar sama hari ini.
Kenyataan 2 ...
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan BUKANNYA menggantung diri namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu" - Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (Ketua Polis Selangor)
Sila klik di sini untuk menbaca laporan penuh akbar terbabit.
Secara literal, kenyataan 1 dan kenyataan 2, bercanggah.
Suspek kini direman selama 7 hari dan saya percaya Pegawai Penyiasat bertugas melaksanakan tugas sebaiknya.
Gambar : Ihsan Kosmo dan Google. -mazidulakmal.com
PSB : Mana satu yang kita nak percaya, pening dan mengelirukan pembaca dan menyakitkan hati keluarga Allayarhamah. Nak spin berita pun mesti ikut fakta, jangan cuba sembunyikan kebenaran. Apapun terima kasih atas kecekapan Polis untuk menyelesaikan kerisauan masyarakat dan diharapkan segera selesai...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan