Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 11 Februari 2012

Plus lebih berkuasa dari Bomba

NONECUEPACS minta PLUS kecualikan tol ke atas bomba

NONEKongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pihak pengurusan Lebuhraya Utara Selatan, Plus Expressways Berhad (PLUS) tidak mengenakan sebarang bayaran tol ke atas semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan lebuh raya itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana kenderaan rasmi jabatan itu adalah digunakan bagi tujuan rasmi perkhidmatan dan permintaan itu disuarakan selepas permohonan jabatan berkenaan kepada PLUS tidak mendapat sebarang reaksi.
"Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Shaziman Abu Mansor). Kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat sepatutnya tidak dikenakan bayaran tol kerana sudah tentu ia digunakan bagi tujuan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di Ipoh hari ini.
(CUEPACS) yang turut disertai oleh Kesatuan Pekerja Bomba Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan mereka menetapkan dua perkara sekiranya PLUS tidak mengecualikan bayaran tol ke atas kenderaan rasmi jabatan itu.


"Pertama, sekiranya Plus masih mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi jabatan itu, KPBPSM menetapkan mereka akan menggunakan laluan biasa walaupun jika diperlukan semasa kecemasan.

"Kedua, kita akan mengenakan pakej berbayar sekiranya mereka (PLUS) mahu menggunakan perkhidmatan kita termasuk pada musim-musim perayaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KPBPSM Mohd Sayuthi Harun berkata mereka meminta supaya Shaziman mengambil perhatian perkara itu dan pihaknya memberi tempoh sehingga 25 Februari ini untuk PLUS membuat keputusan berhubung permintaan mereka.
"Jarak lebuh raya utara selatan ini sangat panjang, bayangkan jika kenderaan rasmi jabatan ini bergerak untuk memberi perkhidmatan terbaik kita dengan menggunakan laluan lebuh raya itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima rungutan daripada anggota bawahan yang seringkali menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tujuan rasmi.

Oleh itu, kesatuan itu meminta PLUS mengecualikan bayaran tol bagi kenderaan rasmi jabatan berkenaan yang menggunakan lebuh raya itu seperti lebuh raya lain yang memberikan kemudahan itu.
- Bernama

1 ulasan:

  1. la mati mati saya ingatkan bomba tak kena tol.. patutnya bukan bomba je semua rakyat patut tak kena tol.. yang kena tol cuma menteri je

    BalasPadam