Pilihanraya dah hampir, janji nak siap sebelum penggal ni, harap projek jangan sampai terbengkalai.
Peniaga Melayu Bumiputera di Kluang masih menunggu-nunggu bila agaknya Pekan Rabu d Kluang nak siap, kecewa kerana lambat, lama dah tunggu, jenuh.
Dalam masa yang sama beberapa pasaraya besar telah tersergam di Bandar Kluang dengan kadar segera macam mee maggi seperti Kluang Mall, Songmat, Econsave, Carefour (dalam pembinaan) UdaOcean (dalam pembinaan)...
Hebat, memang semarak iklim berniaga di sini tapi jangan asyik mengutamakan syarikat peruncitan gergasi kapitalis saja dalam masa yang sama melupakan peniaga kecil melayu yang semakin terpinggir dibumi sendiri...
Pekan Rabu Kluang Masih GAGAL!
Kononnya mula dibina 2010 tapi sampai sekarang masih gagal disiapkan.
Pekan Rabu. 15 Tahun Gagal Diusahakan.
Setakat ini, difahamkan tingkat bawah akan dijadikan pusat dialisis terbesar di daerah Kluang. Manakala tingkat 2 merupakan ruang niaga untuk usahawan Melayu Kluang. Tingkat 3 pula akan menempatkan sebuah dewan serbaguna.
Nampaknya bilangan ruang perniagaan akan habis ditempah jika pihak UMNO tidak mengawal kehendak pasaran. Kalau pembaca menjadi pihak pengurusan, adakah pembaca akan utamakan orang UMNO yang baru hendak berniaga atau peniaga yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan?
Jangan jadi macam zaman sebelum YB. Bila interview, yang dapat ialah orang yang bagi temuduga. Orang yang ditemuduga tidak dapat.
Banyak cerita tentang pekan rabu ini. Namun saya akan simpan sehingga selesai pembinaan. Diharapkan pembaca dapat berkongsi kisah pekan rabu ini yang sepatutnya telah berusia 15 tahun. Terima kasih.
alhamdulillah.. ada juga mercu tanda dikluang.. mungkin disembrong perlukan mercu tanda sebegini.. yelah, kawasan menteri.. parlimen kluang ni kawasan timbalan menteri.. yg usahakan yb dun je.. bersyukur sgt.. stelah 15 tahun menjadi angan2, akhir thn 2010 dilaksanakan juga.. sepatutnya siap 2011 yg lepas.. dengo kabar lewat sbb pembincangan upen dgn kontraktor2.. takpelah.. yg penting dah 50% nampak.. cuma jgn wat separuh jalan sudahlah.. kawasan cukup trategi, rekabentuk menawan.. tak kiralah sape yg buat, asalkan utk pembangunan org melayu di kluang khususnya..
BalasPadam