Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 24 Februari 2012

Lalang dalam longkang



Tak pasti siapa punya tanggungjawab, angkut sampah, potong rumput dan peyelengaraan longkang, biasa majlis perbandaran atau kejora mesti angkut sampah, kalau lewat 2 hari saja, sampah dah mula berulat, lazimnya ana buang sendiri dalam tong sampah besar.

Rumput potong setiap bulan,setakat ni kerjanya berjalan bagus, maklumlah rumah ada depan jalan utama kalau panjang kan menyakitkan mata.

Longkang pula macamana, dalam rumah memang tuan rumah punya hal, kalau luar, tak pasti berapa lama dah tak dibersihkan, jika hujan pasti sumbat, mujur kawasan tinggi, kalau rendah tentu jadi banjir kilat...

Ada yang kata longkang depan rumah sendiri bersihkanlah sendiri, malas, jawabnya bukan malas tetapi cukai pintu bayar 6 bulan sekali buat apa kalau khidmat tak berbaloi dengan bayaran.

Cuba bayangkan kalau penghuni rumah itu orang tua, sakit pinggang, makcik uzur dan ibu tunggal pasti mengalami kesukaran nak tertonggeng-tonggeng turun bawah masuk bersihkan longkang...janganlah menyusahkan rakyat.

PS ; Terpaksa sembur racun parakuat elak rumput rumpai tumbuh dalam longkang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan