KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi tadi.
Kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.
Abdul Razak, 46 memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIMfm sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya ‘Dini Hari’ yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, jam 2 hingga 6 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. – Bernama
PS : Tahziah kepada keluarga beliau, semoga rohnya mendapat maghfirah keampunan dan dicucuri rahmat bersama para solihin.
PS : Tahziah kepada keluarga beliau, semoga rohnya mendapat maghfirah keampunan dan dicucuri rahmat bersama para solihin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan