Post Terbaik Blog

(Klik laporan) Rembat tanah adat asal kekal berkuasa
Ceramah Bro Anwar dihalang lagi (gambar)
Ana sokong Harussani dalam bab ni
SPAH jimatkan air
Doa TG Nik Aziz buat orang teranyiaya
Hantu di rumah mak Azmin
Blogger parpu taik arak!!!(klik )

Pengikut ana

Khamis, 2 Februari 2012

Umno Mengakui DAP Menguasai Kluang (klik)



Berlawan dalam UMNO

Assalamualaikum. Politik di Kluang pada asalnya dikuasai oleh DAP. Tidak ada satu kerusi pilihanraya pun milik UMNO. .

Namun sejak 3 penggal yang lalu, persempadanan semula menyaksikan UMNO Bahagian Kluang mendapat satu kerusi DUN iaitu DUN Mahkota. DUN Mengkibol MCA tumbang kepada DAP dan Parlimen Kluang juga MCA.

Maka, berperang politiklah orang-orang UMNO Bahagian Kluang berebut-rebut untuk jadi ketua bahagian. Almaklumlah, dulu sape jadi ketua bahagian, dialah jadi calon wakil rakyat di DUN Mahkota ini.

Kawasan selamat pulak tu. Ada 2 kem askar yang besar, Kem Mahkota dan Kem Batu 3, campur isteri tentera, dah dapat undi pos berganda-ganda. Banyak tuuu undi pos .

Pilihanraya 2008, DUN Mengkibol telah tumpas kepada DAP. Umno membodohkan MCA. Nasib baik Parlimen Kluang menang dibantu oleh undi dari DUN Mahkota yang dibantu undi Pos .

Kelat muka masing-masing masa kiraan undi. Samasa hari penamaan calon pun dah nampak bunga-bunga. MCA buat bodoh saja. Langsung tidak meriah. Di DUN Mahkota, BN menang walaupun undi merosot.

Tujuan tulisan kali ini ialah kalau berpolitik, biarlah berlawan dalam parti untuk mencari pemimpin yang diterima rakyat tetapi sepakat dalam pilihanraya. Kalau tidak faham. Jangan berpolitik ye anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan