Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 4 Februari 2012

Blogger Umno Kecundang









Papagomo Akan Pencen Pasal Benda Nih..


Syabas!! diucapkan kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat terutamanya blogger Ameno World kerana berjaya memotong kedudukan blog lucah Umno, Papagomo. Lepas nih Papagomo mungkin terlintas di fikiran Papagomo untuk pencen dari arena alam maya. Ini betul-betul signifikan.. sophtikated pulak bahasa aku malam-malam buta nih. Signifikan sebab kita semua dah masuk fasa akhir.. iaitu fasa menjelang PRU 13. Kedudukan blog-blog ini agak penting sebagai penentu indeks prestasi blog-blog Pakatan Rakyat di alam maya.

Ternyata blog-blog Pakatan Rakyat masih berpengaruh di alam maya walaupun di himpit pelbagai kekangan seperti perlu sentiasa berhati-hati untuk menulis, silap menulis masuk ke dalam lah jawapnya. Ini terjadi kepada blogger Hanief, Sharpshooter dan yang terbaru Pulakdah.

ehsan Cenangau
Sedangkan, blogger pencacai Umno bebas menulis apa sahaja tanpa sekatan. Walaupun, beratus laporan polis di buat terhadap blogger pencacai tetapi tindakan seperti melepas batuk di tangga sahaja. Seolah-olah mereka nih ada lesen besar.. lesen menfitnah dan mencerca sesuka hati.

ehsan Cenangau

Dengan segala bantuan seperti peruntukan berjuta-juta diberikan tetapi blogger pencacai Umno masih gagal bersaing dengan blogger Pakatan Rakyat.. sungguh tak berbaloi.

Carta blog yang dikeluarkan oleh blogger Cenangau nih menjadi bukti.. Umno ternyata gagal di alam maya. Satu motivasi hebat buat semua blogger Pakatan Rakyat.. selamat berjuang.. Allahu Akhbar!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan