Razif Abd Rahman
APA?? Putera UMNO ini terlibat menyerang kereta Anwar?
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.
Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.
Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.
“Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.
“Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun,” katanya.
Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.
“Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan… inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.
“Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.
Dalam kejadian tersebut kereta yang dinaiki oleh Anwar dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya.
Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.
Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.
Lagi gambar sila lihat di SINI
Seperti biasa pencacai-pencacai UMNO akan memutarbelitkan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.
Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.
Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?
Sebenarnya yang mempercayai propaganda sebodoh itu hanyalah pencacai=pencacai UMNO yang sememangnya bodoh atau mudah untuk diperbodohkan pemimpin mereka.
Begitu juga dengan pelaku atau penyerang kereta Anwar itu..
Kerana terlalu bodoh beliau telah menceritakan akan perkara yang telah dilakukannya itu dilaman Facebook milik beliau.. ( SINI )
Kerana takut diserang pula jika korang klik pada link diatas itu yang kelihatan ialah seperti di bawah..
Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?
Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya.
Memandangkan laman Facebooknya "is currently unavailable,The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable" ... korang lihatlah di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan