Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 9 Oktober 2011

sekejap kata nak mohon biasiswa, kejap kata kena liwat!!


Jawapan berbeza, Najib harus beri keterangan di mahkamah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.

“Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.

“Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melalui kenyataan media, hari ini.

Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kegagalan Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I.

“Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan mereka untuk tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan dilihat “prejudge” pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi,” katanya.

Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan.

“Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod.”

Ini, kata Shamsul, secara tidak langsung membuka ruang dan asas baru kepada peguam bela untuk memfail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan