Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 13 Oktober 2011

Internet slow macam kura-kura - pelajar merintih (klik)


Pro-M Nasional : Internet ‘Slow’ Ada Kaitan PRU-13

Kuala Lumpur, 12 Okt : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu masalah kelembapan internet di beberapa buah universiti besar negara.

Menurutnya yang juga siswa Tahun Tiga Universiti Malaya, situasi itu kemungkinan besar ada kaitan dengan ‘mood’ Pilihanraya Umum ke-13 yang dikatakan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pilihanraya Umum ke-13 sehingga kini diberitakan bakal diadakan sama ada 11/11/11 atau bulan Mac tahun hadapan.

Ramai siswa mengadu
“Sehingga kenyataan saya ini, saya juga mendapat maklumat dari beberapa rakan saya di kampus lain.”

“Di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), juga terdapat masalah perkhidmatan internet yang kadang-kala disekat dan tidak boleh mengakses.”, ujarnya.

“Dan di kampus UM pun saya dengar ramai mengadu, waktu pagi barulah ‘laju’ berbanding sebelum ini yang ‘lancar aksesnya’.”

“Begitu juga di sebuah kampus utama di sebelah utara, pun saya mendapat berita di kampus tersebut ada had waktu untuk akses internet sedangkan pelajar bebas untuk menggunakan internet tanpa ada waktu dihadkan untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan