Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 6 Oktober 2011

PROTON Telah Mendera Rakyat Malaysia Selama 25 Tahun


KLIK IMEJ


Idea kereta Nasional ini adalah idea Dr. Muhammad Iskandar Kutty, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Waktu itu adalah sekitar 1983-84, yakni tak lama selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa itu, penasihat2 antarabangsa telah pun memberi amaran kepada Dr. Mahathir bahawa negara Malaysia tidak sesuai untuk diadakan kereta nasional. Namun, nasihat2 tersebut ditolak mentah2 oleh beliau. Ini kerana Dr. Mahathir ini adalah seorang yang bongkak dan sombong. Beliau sering merasa beliau paling handal dalam mentadbir ekonomi negara sedangkan beliau tiada sedikit pun ilmu berkaitan dengan ekonomi negara.

Maka, PROTON pun dihasilkan pada tahun 1984 dengan membelanjakan wang negara yang sebegitu banyak. Pada 1985, PROTON mula dijual (rujuk artikel di atas) yang pada mulanya harga PROTON cuma sekitar RM17-19k.

Malangnya, PROTON tidak laku. Rakyat Malaysia lebih suka membeli Nissan Sunny, Volkswagen, Fiat ataupun TOyota Corolla. Kilang Proton pada masa itu terpaksa memendekan shif pengeluaran kepada separuh masa. Pekerja2 Proton pada waktu itu hanya duduk-duduk kerana pengeluaran begitu lambat akibat tiada permintaan.

Maka, Dr Mahathir mengambil langkah drastik. Demi menyelamatkan idea gila UMNO ini, semua duti import ke atas segala kereta dinaikkan sekitar 100%-250%. Kereta yang asalnya harga RM20,000 terpaksa dijual sehingga RM80k-RM90k.

Akibat Proton yang rugi dan tidak laku di pasaran antarabangsa, ia dijual 20-40% lebih murah dari kereta import yang telah dinaikkan cukai menggila-gila itu. Jadilah kereta Proton Wira yang rendah kualiti dan tak berguna tu harga sampai RM60-70k.

Masaalah dgn kereta adalah setiap sen yang kita belanja untuk kereta, kita tidak akan dapat balik. Nilai sesebuah kereta itu merosot setiap tahun walaupun kita tidak memandunya. Namun, di MAlaysia, harga kereta samada sama atau lebih mahal dari harga rumah kos sederhana. Bezanya, rumah kos sederhana nilainya semakin menaik, tidak seperti kereta.

NAIK HARGA KERETA, NAIK JUGA HARGA BARANG

Oleh kerana barang-barang diangkut dengan kenderaan, maka apabila naik harga kereta/kenderaan, harga barang turut naik sama.

Semua "spare-parts" juga dikenakan duti impot yang begitu tinggi menyebabkan penyelengaraan kenderaan juga naik kosnya.

Maka, segala kenaikan kos yang tidak perlu ini dipindah kepada pengguna.

Tak heranlah, teh tarik dulu cuma 50 sen segelas, skrg ini dah naik jadi RM1.50. HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!

BUAT JALAN BANYAK2, TINGGALKAN PENGANGKUTAN AWAM

Demi memastikan rakyat Malaysia terus menerus membeli kereta, pengangkutan awam diabaikan.

Apa yang Mahafiraun/UMNO buat adalah membina sebanyak-banyak jalan yang boleh. Konsesi diberi kepada PLUS, ELITE, LITRAK dsbnya untuk membina sebanyak2 jalan yang boleh.

Atas sebab kerajaan tiada duit untuk membina jalan yang sebegitu banyak, tol pula dikenakan. Dah lah, harga kereta mahal sangat2, kena bayar tol pula. Ke sana ke mari pasti ada tol. Tol sudah jadi lumrah hidup rakyat Malaysia.

Padahal, adalah jauh lebih murah kalau UMNO menggunakan wang yg digunakan membina PROTON dan jalan2raya ini untuk dibina sistem LRT/MRT. Pada tahun 1985, harga tanah masih murah dan masih mudah untuk membina sistem pengangkutan awam.

Namun, oleh kerana rakyat Malaysia pada masa itu amat kagum dengan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty dan UMNO, maka kita terus menerus memberikan dokongan kepada idea gila beliau itu.

HARGA MINYAK PULAK NAIK!!!!

Sudah lah harga kereta mahal, tol berlambak-lambak, sekarang ni harga minyak pula mahal.

Maka, harga barang naik melambung2. Dah lah naik sebab duti impot yang UMNO buat untuk melindungi PROTON. Harga barang turut naik sebab harga minyak naik.

Hasilnya, rakyat Malaysia kena:

1.0 Bayar harga kereta yang lebih mahal dari harga rumah kos sederhana

2.0 Bayar tol yang berlambak-lambak

3.0 Bayar road tax

4.0 Bayar insurans

5.0 Bayar harga barang makananan yang naik sbb harga kenderaan naik

6.0 Bayar kenaikan harga barang sebab harga minyak naik

7.0 Bayar harga kenaikan barang kerana pengangkut barang2 terpaksa bayar tol.

8.0 Bayar harga barang makanan kerana lesen impot makananan diberikan kepada kroni/UMNOPUTRA


Jelasnya, projek PROTON telah MENJAHANAMKAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA. Kita kena tipu hidup2 dgn Mahafiraun dan UMNO.

Kalau takda UMNO, hidup kita akan jelas lebih aman damai tenang sejahtera.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan