Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 31 Oktober 2011

Amil kelepet duit zakat

Gambar hiasan sahaja

Amil Zakat Lesapkan RM18,000

JOHOR BAHRU, 28 Okt 2011 - Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah mengesahkan berita pihak polis sedang mencari seorang amil melarikan duit kutipan zakat RM18,000,

Beliau memberitahu amil tersebut dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai.

Mohd Luthfi turut berkata keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada sehingga kini.

Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.

Pihak polis meminta jasa baik orang ramai agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran, jika mempunyai maklumat mengenai suspek.

ps : Di Johor amil dilantik sebagai pemungut zakat (pusat pengumpulan zakat) sepatutnya namanya ditukar kepada pusat pengagihan zakat.

Kumpul saja memang syok, dapat duit juta-juta tapi bab mengagihkan kepada fakir miskin dan asnaf terlalu payah dan banyak kerenah birokrasi.

Nanti kalau mereka yang susah diberi oleh misisonary bantuan, kata mereka cuba untuk memurtadkan pulak...

Macamana nak percaya kepada amil kalau kelepat kuat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan