Faktor-faktor kejatuhan harga adalah seperti berikut:
1.0 Kejatuhan harga sisa kelapa sawit yang sangat curam. Kejatuhan ini telah menyebabkan nilai setan kelapa sawit menurun. Ini kerana selain dari minyak kelapa sawit, sisa kelapa sawit juga digunakan untuk makanan binatang ternakan. Oleh kerana harga sisa sawit jatuh, maka harga kelapa sawit setan juga jatuh.
2.0 Kenaikan kos baja juga dianggarkan naik sebanyak 30% tahun depan. Ini menaikkan kos pengeluaran sawit yang akan menjatuhkan keuntungan kelapa sawit itu sendiri.
3.0 Kos gaji juga akan naik tahun depan. Ia juga bakal menjatuhkan harga kelapa sawit tahun depan akibat permintaan yang menurun.
Rata-rata penurunan permintaan kelapa sawit adalah kerana permintaan untuk sisa kelapa sawit akan jatuh begitu curam tahun depan.
Ditambah dengan kenaikan harga baja dan kos gaji, maka kejatuhan keuntungan bagi ladang2 kelapa sawit tahun depan adalah agak besar.
Tulang Besi mendapat maklumat yang cukup berotoriti.
Sekian
TULANG BESI
salam kepada semua.
BalasPadamSaya adalah warga sembrong yang mengusahakan tanah-tanah lot kecil yang boleh dianggarkan lebih kurang 7 hektar dengan tanaman sawit.
Dengan kelembabapan harga sawit yang merundum keparas yang kritikal membuatkan kami rata-rata pekebun kecil mengeluh kerana kami bukan warga felda yang diberi segala keutamaan tapi ibarat bumiputra kelas kedua yang terpinggir dikampung tradisional.
Tujuh tahun lepas kami mungkin kurang mengeluh kerana pada masa itu harga baja dan buruh masih murah tapi sekarang hanya menghitung hari dan menanti adakah harga akan naik atau turun.