Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 16 September 2011

Reaksi awal bila PM Mansuh ISA


Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh

Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai.

Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
djz convention 101205 ahmad lutfiIsu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan. Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan. Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu halangan besar kebebasan.

Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.

Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri. Sepatutnya perkara ini dihapuskan.

Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).

MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan