HASIL daripada pindaan Akta Pendidikan 1996 yang dilakukan menteri pendidikan ketika itu Najib Razak kita menyaksikan perkembangan pendidikan di negara ini sungguh memberangsangkan. Sejajar itu pelabagai kolej dan universiti swasta yang berkembar dengan universiti luar tumbuh bagaikan cendewan lepas hujan. Berbagai kurus profesional dapat diambil dari sini dan tidak perlu terbang ke luar lagi
Ironisnya industri pendidikan kebanyakan dimonopoli oleh bukan Melayu ini menyebabkan pindaan yang mendapat tentangan itu seolah-olah memenuhi keinginan dan tuntutan bukan Melayu. Dalam erti kata lain industri itu menempang kemajuan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno.
Manakala kolej atau sekolah swasta milik Melayu dan separuh kerajaan mati atau lumpuh satu demi satu apabila tidak mampu bersaing dengan IPTA Swasta.
Sewaktu akta itu dipindaan dulu berlaku perbincangan hangat di Parlimen. Seperti biasa pembangkang terutamanya Pas, bimbang dengan pindaan itu menyebabkan dunia pendidikan akan mengalami perubahan yang negatif dan mengurangkan semangat patriotik disebabkan penularan unsur-unsur luar menerusi pendidikan yang bebas dan terbuka yang tidak lagi menekan soal syaksiyah dan akal budi.
Beberapa pindaan khasnya membabitkan penubuhan sekolah asas (pra sekolah) yang dikenakan permit atau kawalan ketat oleh kerajaan menimbulkan kegusaran dan kemarahan pihak pembangkang yang mahu dunia pendidikan Islam diberi perhatian sama adil dan tidak ada usaha menindasnya. Menerusi pindaan itu menyebabkan sekolah berorentasikan Islam disukarkan dan sekolah pendidikan sekular diberikan kebebasan sepenuhnya di samping bantuan kewangan dan kemudahan infrastruktur.
Hari ini kebimbang yang disuarakan ke atas pindaan akta itu sudah menunjukkan kesan yang tidak baik. Lambakan universiti swasta menyebabkan pendidikan awam dan swasta yang dikenalikan anak-anak tempatan tidak mendapat sambutan, malah sudah banyak yang gulung tikar. Akibat itu juga berlalu lambakan penganggur dari universiti IPTA kerana syarikat lebih memberi keutamaan kepada lepasan kolej dan universiti swasta kononya mereka lebih berkualiti.
Mengenai universiti baru itu yang dinamakan Universiti Perdana bersempena dengan nama syarikat kontraktor yang mengendalikannya, ia dibangunkan menerusi projek kerajasama awam swasta yang diusahakan oleh Unit Kerjsama Awam Swasta (Ukas) dan Acedemic Medical Centre Sdn Bhd (AMC). Syarikat ini dipengerusikkan oleh seorang kontraktur.
Menurut perancangan awal institiusi itu akan merintis untuk menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhdimatan kesihatan di negara demi melihat negara ini bakal mempunyai universiti kesihatan dan perubatan bertaraf kelas dunia.
Sebenarnya kita tumpang gembira atas kewujudan universiti tersebut kerana ia memberi ruang pendidikan (dalam bidang perubatan dan kajian) untuk anak-anak bangsa kita. Sekaligus kita juga memiliki institusi pendidikan perubatan yang setanding dengan negara luar. Tetapi mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu kisah di sebalik penubuhan universiti berkenaan yang telah mengorbankan beberapa hak awam dan juga kerajaan lainnya.
Universiti itu akan dibangunkan atas tanah milik Mardi. Pejabat Mardi di Serdang dikatakan dijadikan kampus utamanya manakala hospital awam Serdang akan dijadikan makmal kajian pelajarnya.
Apa yang tidak berapa sedap didengar, katanya untuk tujuan pembinaan universiti itu sekeping tanah seluas 100 hektar telah dijual dengan harga yang jauh lebih murah kepada syarikat berasaskan kontrektor itu. Tanah dikatakan milik UPN itu ijual dengan harga RM7 sekaki berbanding dengan harga tanah di Seri Kembangan yang terletak di sebelah yang kini dinilai sebanyak RM200 sekaki persegi. Kenapa begitu murah dan apa istimewanya universiti itu?
Universiti itu juga semacam eksaklusif untuk anak-anak bangsawan saja. Seramai 150 orang pelajar yang akan diambil setiap tahun sebagai permulaan akan diberi biasiswa sebanyak RM750,000 seorang sehingga tamat pengajian ke peringkat digree. Kali dan kiralah sendiri berapa banyak peruntukkan untuk 150 orang penuntut?
Dengan kapasiti sebanyak itu sudah tentu anak-anak orang kampung tidak akan mendapat banyak manfaatnya dari penubuhan universiti itu. Yang akan ditampung nanti ialah anak-anak orang kaya, bangsawan dan kenalan para pengarah syarikat atau senat universiti itu saja. Persoalanya apalah perlu universiti berkenaan kalau ianya untuk menampung anak anak orang yang sudah berada dan kenapa kerajaan perlu lagi mengeluarkan biasiswa?
Najib Razak yang melancar universiti tersebut dan telah menyerahkan watikah perlantikan Mahathir sebagai censelor pertama perlu memantau perkara ini agar ianya bermanfat kepada orang kampung dan universiti bukan dijadikan ruang untuk menampung anak-anak orang yang sudah berwang. Kalau boleh tanpa ada laporan juga SPRM perlu memantau betulkan tanah milik Mardi itu dijual dengan harga RM7 sekaki?
Mengenai pengambilan tanah Mardi dan UPN untuk tujuan pembinaan kampus itu juga perlu dibentangkan kepada umum untuk diketahui apakah munasabahnya tanah diberikan harga semurah itu. Jangan disebabkan syarikat yang mendapat projek berkenaan orang kita, kenalan kita maka ia diberikan pengecualian sehingga membebankan negara. Satu masalah dan menjadfi prosuder di negara ini sesebuah projek melibatkan hak awam baru akan diberi tahu kepada parlimen selepas ianya diungkit. Apa sepatut berlaku parlimen perlu dimaklumat mengenai sesuatu projek seperti universiti yang membabitkan pembelian tanah awam dan bukannya diberi selepas ia ditimbulkan.
Kalau dalam kes PKFZ ia menjadi isu hangat dan menyebabkan menteri terbabit dihadap ke mahkamah atas dakwaan cuba menipu kabinet, maka apakah dalam kes pengambilan tanah milik Mardi itu tidak wujud penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa? Kalau betul ia dijual dengan harga semurah RM7 sekaki saya jamin ada sesuatu yang sangat tidak kena. Tanah Felda berapa sekaki Mat? (Mat Maslan).
http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan