Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 11 September 2011

JOM BERPUASA ENAM?


Sedar tak sedar kita sudah berada pada 13 syawal. Bagaimana dengan syawal anda? Masih hangat dengan rumah terbuka? Sudah kah mengerjakan puasa sunat enam? Kalau belum, marilah kita mengambil peluang yang terhidang ini untuk mencari sebanyak mungkin pahala yang ditawarkan.

"Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)"

Bagaimana pula dengan kewangan? Bimbang banyak sangat berbelanja untuk menyambut Ramadhan dan Syawal, semuanya dah kering. Almaklumlah, raya setahun sekali, maka belanjanya pun mestilah setahun sekali. Sebagaimana majlis perkahwinan yang dikatakan sekali seumur hidup, maka belanjanyapun kenalah belanja ala-ala sekali seumur hidup.

Apapun, jangan terlepas puasa enam hari ya di bulan syawal ni. Bimbang banyak sangat kenduri kahwin dan rumah terbuka, sampai kita terlupa untuk berpuasa enam. Selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan