Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 9 September 2011

Kad prabayar sedut duit


Topup Naik Harga

Tak dapat dibayangkan betapa teruknya kesan kenaikan harga barang yang masih belum reda selepas aidilfitri dan kini perkhidmatan telefon prabayar pun akan naik juga. Ramai yang kecewa bila beli topup banyak dapat sms yang bukan kita mahu, tapi potong duit kredit kita, dari RM10 kena tolak sms bukan-bukan yang dicaskan bilnya kepada kita maka bakinya tinggal RM2 sahaja.

RM2 tepon sikit dah habis kredit, lalu beli lagi, sampai ada yang cuba berjimat hanya hantar sms sahaja, baru 10kali sms dah habis kredit. berapa banyak dia sedut...?

Ini kerja Gila, yang susah rakyat sebab telefon ini dah jadi perkara perlu dan dianggap asasi. sebagaimana keperluan kesihatan dan kenderaan. Tak habis-habis kerajaan UmnoBn ni menyusahkan rakyat. Siapa bagi lesen pada syarikat telefon ini kalau tak kabinet UmnoBN.

Harga top up akan naik 6% bermula september ni. Ini bermaksud sebagai contoh jika korang beli topup RM10 dan korang akan terpaksa membayar sebanyak harga RM10.60 kerana kenaikan 6%. Kalau beli topup untuk RM30 bolehlah tekan kalkulator sendiri. Selepas ni kalau nak pergi beli topup silalah bawa duit lebih ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan