Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 19 Jun 2011

Tangkap Zul Nordin

Oleh YB Ust.Firdaus Jaafar

Pihak polis diminta menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru iaitu YB Zulkifli Nordin berkaitan kononnya Anwar Ibrahimlah individu yang mengarahkan beliau dan beberapa orang melakukan onar ketika era Reformasi tahun 1998. Ucapan beliau telah dipetik oleh media upahan UMNO iaitu TV3 semasa beliau berceramah di Penaga, Pulau Pinang dan disiarkan sewaktu slot Buletin Utama malam semalam.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 09 Julai ini. Mengapa beliau menunggu sehingga 13 tahun baru nak membongkar kejadian ini.? Mengapa selama ini beliau mendiamkan diri? Kalau benarlah kononya arahan itu datangnya daripada Anwar Ibrahim ketika itu, bagaimana beliau seorang yang cukup bijak hal undang-undang boleh menjadi ‘pak turut’ yang setia membabi buta? Ini membuktikan beliau seorang yang boleh digelar ‘sesumpah’ kerana akan berubah warna mengikut persekitaran tertentu. Beliau lupa yang kemenangan yang beliau perolehi di Parlimen Kulim Bandar Baru adalah disebabkan kebangkitan rakyat susulan Himpunan Bersih yang diadakan pada November 2007 dahulu.


DPPP akan membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus tanpa ada menyebelahi mana-mana pihak. Pihak polis harus menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan ini. Jangan hanya bertindak kepada satu pihak sahaja sedangkan gaji Polis dibayar oleh rakyat bukannya UMNO/BN. Kepada YB Zul Nordin, berhentilah daripada menjadi ‘badut sarkas’ UMNO/BN.

Disediakan oleh;

YB Ust.Firdaus Jaafar
EXCO
Dewan Pemuda PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan