Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 18 Jun 2011

Bagi masa secukupnya Bang Mat pidato

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib. - Hrkh.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/06/mat-sabu-pun-nak-berpadu-dengan-umno.html#ixzz1PaoMgI00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan