Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 19 Jun 2011

Pemilihan Ajk Masjid : Secara Demokrasi Atau Dipilih Oleh Majlis Agama Tempatan?

Oleh: keraskekong

"Ini pandangan aku……. Pemilihan secara demokrasi adalah yang terbaik. Semua AJK dipilih oleh ahli khariah tempatan atau setempat secara “undi rahsia”.

Dulu masjid ditempat aku, kami mengundi secara angkat tangan. AJK dipilih oleh ahli khariah manakala Pengerusi dipilih oleh Masjlis Agama Islam walaupun hakikatnya Pengerusi ni tidak tinggal ditempat kami. Hanya datang pada hari Jumaat ataupun apabila ada acara2 besar sahaja.

Aku lebih suka sekiranya semuanya termasuk Pengerusi, Imam 1, Imam 2, Bilal 1, Bilal 2 dan Tok Siak dipilih secara undi rahsia. Hakikatnya…..semua calon hendaklah ditapis dari segi Integriti, Penampilan, Ilmu Agama, Bacaan Al-Qur’an (untuk Imam dan Bilal), Pergaulan dalam masyarakat.

Tidak timbul masalah masyarakat atau penduduk kampong berpecahbelah. Perlantikan calon tentulah individu2 yang diterima oleh khariah. Tak kan individu yang tak pernah ke masjid hendak dilantik memegang jawatan. Individu yang akhlaknya tidak baik atau boleh dipersoalkan dilantik? Di masjid cakap agama, diluar masjid masih menghisap rokok, berseluar pendek dan ahli keluarga yang tidak menutup aurat.

Hanya yang berakhlak mulia sahaja akan dicalonkan. Ahli khariah cukup faham akan siapa yang nak dicalonkan dan seterusnya dipilih. Biasanya individu tersebut diterima oleh semua ahli khariah. Setelah pemilihan dibuat (secara undi rahsia), nama2 “kabinet” yang baru akan dihantar untuk pengesahan kepada Majlis Agama Islam. Itu sebab aku sokong apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Itulah yang terbaik. Sekiranya diikut secara sebelum ini dimana pemilihan dibuat oleh Majlis Agama Islam dan biasanya dipengaruhi oleh Kerajaan Negeri, maka akan jadilah…..

1. Inidividu yang tak berapa faham agama bercakap pasal agama.

2. Pengajian atau kuliah2 ditiadakan kerana mengikut selera atau pandangan sempit individu yang diberi kuasa memegang “kunci” mesjid dan menjadikan ahli khariah tidak mendapat kefahaman lebih mendalam mengenai Islam sebagaimana ajaran Nabi Muhammad SAW.

3. Maka ahli khariah hanya tau bab2 fardhu ain sahaja. Masing2 akan merasa pelik apabila disebut tentang HUDUD, SIASAH, MUNAKAHAT, JENAYAT, MUAMALAT, TAKZIR, QISAS, QAZAF dan lain2 lagi. Itu sebab tidak hairan kita melihat “ahli masjid” berseluar pendek apabila basuh kereta ataupun berjogging, berkaraoke dimajlis2 perkahwinan, berebut2 bersalaman dengan bukan mahram, membeli nombor ekor, bercakap lucah dan lain2 lagi yang terlalu panjang nak disenaraikan disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan