Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 23 Jun 2011

Selangor kesal Alam Flora cabar keputusannya


Alam Flora syarikat tak tahu malu kroni warisan kerajaan UmnoBN Selangor telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi kerja-kerja pembersihan.

SHAH ALAM: Selangor kesal dengan tindakan Alam Flora yang memfailkan semakan kehakiman kerana meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang ketika ini sedang dilakukan oleh syarikat itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain kerajaan negeri, Alam Flora juga memfailkan semakan kehakiman terhadap Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan semua PBT bagi mencabar keputusan kerajaan negeri itu.

“Dalam tindakan tersebut, Alam Flora telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi kerja-kerja pembersihan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan Selangor katanya, telah mendapat nasihat guaman dan percaya Alam Flora tidak mempunyai alasan bagi mendapatkan semakan kehakiman.

Khalid berkata, “kita akan melaksanakan langkah-langkah perlu bagi mengenepikan permohonan yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut serta membatalkan perintah penangguhan pelaksanaan.

“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman balas terhadap Alam Flora kerana kerajaan negeri berpendapat tindakan Alam Flora berniat jahat serta mahu menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri dan PBT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pembayar cukai,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri dengan dibantu oleh Penasihat Undang-undang Negeri telah melantik pasukan peguam yang terdiri dari Tetuan Fernandez & Selvarajah bagi mewakili Kerajaan Negeri dan Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor (MMKN).

“Dan kerajaan negeri juga melantik Dato Dr Cyrus Dass dari Tetuan Shook Lin & Bok mewakili kesemua PBT dengan dibantu oleh Cheong Kee Fong dari Tetuan Cheong Kee Fong & Co yang akan memberi khidmat konsultasi mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

“Kerajaan Selangor komited untuk memberi perkhidmatan yang telus, adil dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan pembayar cukai,” tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan