Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 23 Jun 2011

Anwar gesa PAC siasat transaksi 1MDB



KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited.

Menurut Anwar, 1MDB Petrosaudi Limited adalah usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Limited (PSI), di mana 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion secara tunai.

Namun, tidak sampai lima bulan kemudian, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada rakan usaha sama mereka iaitu PSI dengan harga RM4.1 billion.

“Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruaudit KPMG dalam laporan auditnya ke atas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010,” ujar Anwar.

Menurut Anwar, sekiranya penjualan pelaburan itu dibuat secara ansuran atau bayaran tertangguh, ia bermakna perolehan tersebut hanya akan diperolehi menjelang 31 Mac 2023.
Menurutnya, beliau telah menulis surat memohon PAC menyiasat perkara tersebut bagi menilai kedudukan kewangan dan pemegang saham pengurusan PSI samada mempunyai kepupayaan untuk membayar hutang berkenaan.

Beliau juga dalam masa sama mempersoalkan sekiranya pelaburan 1MDB hasil penerbitan bon yang dijamin kerajaan.

“Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan.

“Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan 1MDB yang dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar.
Pembangunan Pengkalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%).

“Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur.

“Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan dalam ibukota ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan